Saturday, March 12, 2011

Biar tinggal dalam Kenangan..

setelah sekian lama jauh dari diriku sendiri.. kini ku datang lagi untuk mengungkap segala apa yang terjadi..

mungkin satu tragedi yang telah tersurat, namun pasti tersirat hikmah disebalik yang lahiriah..



puas sudah aku mengkaji,  jauh sudah aku merenung.. 



ekspresi kali ini bukan lagi yang klise dek mata yang memandang,

 kerna hanya hati yang ikhlas cuba menerka pun belum tentu tepatnya..

biarkan saja takdir berlalu kerna mereka sering katakan bahawa..

DUNIA TAK PERNAH ADIL!!

aku pun masih mencari pngertian disebalik tohmahan itu..

kira, jawapannya sedang bermain di lingkaran fasa hidupku..



kini, ku jadi lebih mengerti..

apa yang sering berbisik di hati..

kerna hanya yang IKHLAS dan TULUS NURANI akan temui yang dicari..

mohon seribu kemaafan atas setiap detik masa yang berlalu..

kiranya tak dapat terbilang betapa berharga nilaian ukhwah..



andai khilaf berpihak padaku, mohon sekali lagi seinfiniti kemaafan..

segalanya telah pun aku relakan..redho atas segalanya..

namun, masih terungkap satu persoalan di benak nan kurang mengerti..

"mengapakah begini?"


kini, biarkan waktu jadi penentu, 

biar mata jadi pendeta, 

biar fikir terus mentafsir,

andai ukhwah disalah erti, cukup hanya sampai di sini..

andai sudah di titik penghujung, sekalung budi tinggi ku junjung..


sampai masa tibanya waktu..
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama...


teruslah mekar wahai persahabatan..
walau hanya di rantaian kenangan.....


mohon maaf berundur diri..


.: ALANG :.