Sunday, February 24, 2013

That is Life is all about


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Dunia ini adalah suatu persinggahan. Tak ubah seperti sebuah kenderaan. Terpulanglah pada kita sama ada nak jadikan kenderaan itu sebagai sampan, bot laju berkuasa tinggi, hatta gerabak LRT Monorel sekali pun. Semuanya terpulang kepada si pengemudi kenderaan tersebut. Kalaulah kapal layar, mesti ada nakhoda yang tahu mengemudi layarnya. Mesti sudah cukup masak dengan arah tiupan anginnya. Barulah kapal layar tersebut dapat dipandu angin mengikut hala tuju yang diimpikan. Namun, impian apa yang kita cuba gapai? Impian senang di dunia atau senang di sorga? Tepuk belakang bahu, tanyalah pada amalan.

Namun, masih ada satu lagi nakhoda yang paling berkuasa dalam mengawal setiap perilaku manusia. Nakhoda yang bernama hati dan akal. Sebuah kerajaan yang berajakan hati, berpemaisurikan akal. Itulah dia kerajaan jiwa manusia. Kitalah yang mencorak dan mendidik jiwa kita sendiri. 

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri

Kisah seorang ayah, anak, dan seekor keldai 

Thanks Mr Google
Berdasarkan rajah di atas, terdapat 4 situasi di mana keempat - empat situasi tersebut mendapat komentar dan tentangan daripada pelbagai pihak. Semuanya tak kena di mata mereka. Jadi, bagaimana lagikah harus dilakukan oleh si ayah, si anak, dan si keldai untuk memuaskan hati semua orang?? Nah! Sudah jelas, terang lagi bersulh lampu neon bahawa kita tidak akan bisa memuaskan hati semua pihak. Lantas, ikutlah kata hatimu, selepas menimbang tara apa yang terbaik dan sesuai pada masa, ketika, dan waktu tersebut, teruskanlah. Teruskan berbuat sesuatu itu asalkan ianya tidak berlawan dengan syarak Islam.

Hidup di muka bumi ini, tidak seindah cerita fairy tale Cinderella, tak sehebat Beauty and The Beast. Berpijaklah di bumi yang nyata. Musuh berada di mana-mana. Ada yang menyorok bawah selimut anda sendiri. Ada yang menggunting di dalam lipatan lengan baju anda. Tersembunyi, kentut pun tak bunyi. Benarlah pepatah nenek moyang kita dahulu. Semuanya benar - benar belaka. Belajarlah dan ambillah setiap dari intipati alam ini sebagai pelindungmu. Sebaik - baik pelindung adalah pedoman Islam. (rujuk sunglass D&T)

Pun begitu, kehadiran kita di muka bumi ini bukanlah keseorangan. Kita hadir dalam kelompok masyarakat. Sedangkan Adam pun diturunkan ke bumi dan ditemukan bersama Hawa. Nah. Hidup dalam bermasyrakat ini memang perlukan pantang larang dari segala segi. Tidak bolehlah tolak terus pendapat orang lain. Perlu bijak menimbang tara menggunakan neraca hati dan akal. Sebolehnya, elaklah perilaku yang boleh menimbulkan fitnah dan shubhah. Agar tidak haram di mata manusia, apa lagi di mata Allah. Sebaiknya, jagalah hati semua pihak. Namun, tak bererti kita perlu ikut telunjuk semua pihak. Hidup ini perlu sense of consideration. Ingat! Sesnse of consideration! Pandai - pandailah kau nak tarik atau lepaskan perlahan - lahan tali layang - layang itu. Itulah namanya kehidupan. :)

Wahai manusia! Kami telah jadikan kamu seorang lelaki, dan seorang perempuan. Kami telah menjadikan kamu bersuku - suku dan berbangsa- bangsa agar kamu saling mengenal. Sungguh! Yang paling baik antara kamu adalah mereka yang bertaqwa




Saturday, February 16, 2013

Hadiah Misteri Retrieved

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Alhamdulillah wa syukrilillah. Segala puji bagi Allah. Sebaik - baik jalan, adalah jalan kembali kepada Allah. Sejauh manapun kita dari tali Allah itu, kita masih berpeluang untuk kembali ke jalan-Nya. Pintu taubat dan pintu rahmat itu sentiasa terbuka seluas - luasnya untuk setiap hamba-Nya yang ikhlas memohon keampunan.

Alhamdulillah wa Syukrilillah. Hanya Allah yang menjadi sebaik - baik perangcang. Kita hanya manusia yang mampu merancang beribu, malah berjuta perancangan yang indah - indah. Namun sekelip mata Allah mampu untuk mengubah semuanya. Ingatkah kita pada kalimah 'Kun Fayakun' (36:82). Maka Jadilah! Perancangan Allah adalah yang maha hebat. Oleh itu, untuk menjadi seorang daei yang ohsem dan cool, marilah sama - sama kita selitkan perkataan In Sha Allah (in Allah's willing) dalam setiap bait kata yang meniti di bibir kita. Bukankah kebergantungan kepada Allah itulah yang paling afdol? Renungkan..

Alhamdulillah wa Syukrilillah. Hari ini genap hari ketujuh aku bergelar mahasiswa yang sudah layak mengundi pilihan raya. 21 tahun adalah angkaku. Semoga segala amalku selama 21 tahun diterima. Dan semoga segala dosaku selama 21 tahun ini diampunkan. In Sha Allah. Ameen. Jadi, kepada sesiapa yang dah tahu birthday saya 11 Februari yang lepas, tolong beli hadiah ye. "TOLONG". :P

Sunglass yang bernama dakwah dan tarbiyah (D&T)

Alangkag indahnya hidup kita sekiranya setiap yang berlaku itu kita lihat menggunakan sun glass yang bernama dakwah dan tarbiyah. Kaca mata dakwah dan tarbiyah. Allah itu akan mendidik kita melalui pelbagai perantaraan. Just think positively! In Sha Allah, everything will be okay. Sedikit perkongsian mengenai fenomena yang berlaku sebentar tadi dalam hidup aku. Ini true story:

Pada suatu hari, sang kancil pun berjalan-jalan menaiki kereta untuk mencari sebuah kedai. Sang kancil itu adalah aku. Hehe. Tapi sang kancil ini tidak menaiki kereta kancil tetapi menaiki kereta proton keluaran Malaysiaku Gemilang! 1M4U lah katakan.. Seraya memandu, tiba - tiba aku bertembung dengan kereta polis dan pak cik polis suruh berhenti. Seraya berhenti. Dengan muka yang kononnya tidak bersalah, aku pun slumber badak je buka tingkap. Rupa - rupanya aku sudah wrong way. Sebab itu jalan one way. Aku pun di suruh guna jalan lain. 

Berdasarkan cerita di atas, apakah tanggapan kita? Sebagi seorang layman, pastinya wujud beberapa tanggapan terhadap pak cik polis tersebut:

1. "Sibuk je mamat ni"
2. "Dah ape hal. Biarlah. Malam pun nak kecoh. Bukannye banyak kete.. derrr.."
3. "Terima kasih tuan. Saya insaf" - Positif yang amat =="

Kesian pak cik polis. Pelbagai tohmahan dilemparkn terhadap beliau. Lalu aku pun tukarlah arah kenderaan dan menggunakan the right way. (menuju ke jalan yang benar!)  Dengan tidak semena - mena, aku pun menjumpai kedai tersebut yang ternyata terselindung di bahagian belakang rumah kedai tersebut. Sekiranya aku tak buat u-turn tadi, alamatnya tak jumpa kedai ni. Ini membuat aku berfikir kembali tentang sunglass yang bernama dakwah dan tarbiyah (atau singkatannya D&T). Sunglass D&T itu memang berkesan. Rupa - rupanya Allah nak bantu aku mencari kedai tersebut melalui perantaraan pak cik polis. Seraya mengalir air mata keinsafan setitis di pipi. Oleh itu, ayuh kita aktifkan sunglass D&T kita. Dan be positive dalam setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Miracle will happen if only you believe in it. Aman. 

Ulangtahun kelahiran: 11 Februari 

Alhamdulillah wa Syukrilillah. Meningkat setahun umurku. Semakin meningkat umur, semakin hampir aku dengan kematian. Teringat entri yang dipost oleh KF mengenai penyakit wahan. Moga - moga aku tidak digolongkan dalam kalangan pengidap penyakit wahan. Tahniah dan takziah kepada diriku atas ulangtahun kelahiran ini. Tahniah untuk umur yang sudah bertambah dan haruslah diiringi dengan kematangan. Dan takziah untuk aku kerana semakin hampir dengan kematian. Maka persiapkanlah diri dengan amal - amal soleh. Semoga aku dijemput oleh Allah nanti, dalam keadaan yang aku tenang dan aman dari keadaan sedang berbuat dosa. Ameen. 

Alhamdulillah wa Syukrilillah. Terima kasih buat Mr. Baba dan Mrs Emak kerana telah melahirkan, membesarkan, menahan kedegilanku, dan menyayangi diri ini as who am I. Kalaulah ada anugerah Hero dan Heroin terhebat di alam semesta pada ABPBH kali ini, aku pasti calonkan baba dan mak. Great couple with great chemistry. Syukur untuk segala kurniaan Allah: Family yang sangat cool dan menyayangi diri ini. Sahabat - sahabat yang ohsem. MInda dan tubuh yang sihat. Dan buah hati yang thumbs up! Marvelous!! 

 Dua daripada tiga impian yang aku pasangkan semasa ulangtahun kelahiran yang lepas telah diperkenankan oleh Allah. Cuma satu je belum ada rezeki. Semoga impian itu menjadi kenyataan untuk trimester depan. Iaitu ingin mencapai keputusan 3.5 ke atas dalam final exam. Ameen. Usaha dan iringilah ia dengan doa dan tawakkal. Hentikan berbuat dosa besar dan perbanyakkan amalan soleh untuk menghapus dosa - dosa kecil. Sesungguhnya manusia itu bernafsu dan tidak pernah aman dari dosa. Iman manusia itu ada turun dan naiknya. Mohon Allah peliharakan diri ini dari dosa - dosa besar. Ameen. Oleh itu, next azam aku berbunyi begini:

1. MMU Event IPTS STudent Caucus berjalan dengan jayanya. Sekali lagi aku menjadi pengarah yang gebang tak tentu pasal dan syok sendiri. Harap - harap dapat komiti yang memahami dan ohsem serta cool lagi bergaya.

2. Cepat - cepat mendapat tempat sebagai tutor aka cikgu tuisyen  di mana - mana institusi pengajian tuisyen. Bunyi nak hot je! =="

3. Keputusan CGPA 3.5 (ini azam carry forward dari tahun lepas) :'( Hope tahun ni akan lebih kuat untuk bermujahadah dalam menuju puncak gemilang cahaya lala.. (ala - ala lagu AF) =="

4. Fokus stadi, career, dan family (bakal zaujah pun included. hehe)

5. Break peringkat akhir Pesta Pantun Terbuka anjuran MMU 2013. 

Sebagai khulasah, hidup ini hanyalah sekali. Lupakan yang busuk, kenanglah yang wangi. Hidup ini hanya sekali, taburlah sayang hindari benci. Hidup ini hanya sekali, kukuhkan iman pedoman di hati. Hidup ini hanya sekali, persedia amal bekalan mati. Madah pujangga di malam hari. Setenang cahaya hati. 

Sedikit bingkisan buat tatapan semua. Bingkisan? Ayat bombastik di tengah - tengah malam buta:


Credit to Mr. Baba dan Mrs. Emak
Mereka ni nak bina Masjid yang hebat macam Masjid Putrajaya.  Sama - samalah kita doakan! In Sha Allah. Ameen. 

Dunia adalah jambatan. Jambatan menuju Allah. Fikrah diiringi fitrah. In Sha Allah. Lillahi Taala





Sunday, October 14, 2012

Aku Cinta Padamu


Bismillah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi dan segala isi-isinya. Alhamdulillah dengan rahmat hujan yang diturunkan di pagi hari. Alhamdulillah dengan nikmat kurniaan matahari yang menghangatkan pagi. Alhamdulillah dengan kurniaan nafas yang membantu kita meneruskan beribadah kepada kita dan menaburkan rasa cinta dan kasih pada Allah dan sekalian makhluk-Nya. Terima kasih Allah. Ambil masa beberapa minit tutup mata dan ucap Alhamdulillah.

Tak terkata betapa ertinya nikmat sebuah kesyukuran. Team teman tapi mesraku sudah pun berada di Kemboja bagi meneruskan misi kemanusiaan kami di sana. Walaupun saya tidak turut serta, insyaAllah semangat saya sentiasa bersama kalian di sana. Saya di sini terus mengirimkan doa yang tidak putus - putus buat kalian semua. semoga segalanya berjalan lancar. Keberadaan mereka di Kampung Thmei, Daerah Kratie, Kemboja tidak mengizinkan kami untuk berhubung dek ketiadaan bekalan perkhidmatan line maxis, digi, mahupun celcom untuk kami berhubung. Kini, penghubung kami hanyalah doa dan harapan. Ya Allah, peliharakanlah mereka dan sesungguhnya kami bergantung sepenuhnya kepada-Mu Allah. Permudahkanlah mereka menjalankan misi kali ini. InsyaAllah. Tiada yang lebih indah selain senyuman para warga kerja dan para penduduk Kampung Thmei yang gembira hasil daripada sumbangan yang dikirimkan dengan penuh kasih sayang dan kasih sayang yang disampaikan oleh Team PBC. Masya-Allah indahnya nikmat kasih sayang dan persaudaraan. Alhamdulillah. saya di sini menunggu kepulangan kalian dengan senyuman dan mungkin air mata kegembiraan. Teruskan perjuangan kalian wahai Mujahid dan Mujahidah! 

Masih teringat kenangan bersama mereka sewaktu bersimulasi di MMU kampus Cyberjaya. Dan sempat pula menjengah kakak - kakak dan abang - abang yang sedang bergraduasi dan konvokesyen. Alhamdulillah. Mabruk wahai saudara saudari seperjuanganku. Insya-Allah saya akan menyusul nanti. Kini tiba pula giliran ibu saya, Puan Safer Bee untuk berkonvokesyen selepas menamatkan pengajian beliau dalam Ijazah Pengurusan (MBA) di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM). Insya-Allah kegigihan ibu dalam menghabiskan pengajian akab membakar semangat anak - anak agar lebih bersemangat meneruskan pengajian dan pembelajaran. Nah! Tidak dapat disangkal lagi bahawa umur itu bukan penghalang. Belajarlah sedari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad (Utlubul ilmi minal mahdi ila lahdi)

MInggu ini, pelajar baru akanb berorientasi di MMU untuk Intake bulan October. Jadi segala persiapan sedang disiapkan. Segala perkongsian yang bakal dikongsi telah pun tersedia. INsya-Allah datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. 
"Setiap dari kita adalah pemimpin dan kita bertanggungjawab ke atas apa yang kita pimpin. Sekecil - kecil pimpinan adalah minda dan hati kita sendiri." 
Entri yang agak pendek namun semoga bermanfaat. Ilmu Allah itu luas. Tuntutlah ilmu dan bertebaranlah di muka bumi ini untuk menuntut ilmu dan melihat ciptaan Allah. Insya-Allah. 

p/s: Tajuk entri kali ini ditujukan khas buat para pembaca terutamanya buat kekasih gelap dan cerahku. :P


Saturday, October 6, 2012

Moment of Fikrah.


Dengan nama Allah yang maha pemurah dan mengasihani. 

Terimalah pengakuanku. Aku telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan ketenangan. Benarlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'du). Mood: Kepadamu ku bersujud (Afgan). Setting: Dalam kamar 3, Teratak Bukit Beruang 58. Buat kesekian kalinya mengupdate blog yang sudah lama berkubur tidak bernisan. Kini bangkit kembali untuk "Sebarkan Cintamu" bak kata Fatimah Syarha dalam novelnya yang mengisahkan berkenaan poligami. 

Pada ketika pembaca sedang membaca entri ini, aku pasti sudah tiada lagi di sini. Ini kononnya nak buat surat wasiat lah ni. Ceh! Lagu seterusnya terus berputar (Dadali: saat mencintaimu). Alhamdulillah genaplah seminggu setelah tamatnya peperiksaan akhir semester. akan melangkah ke semester kedua sebagai pelajar tahun kedua jurusan perakaunan di salah satu IPTS di Bumi Allah ni. Pada saat ini terasa macam nak konvo pulak. Maklumlah, para senior sedang berkonvo di dewan Tun Canselor, Cyberjaya. 

1.Konvokesyen

Alhamdulillah senior team Aceh aku dah pun graduate dan sedang berkonvo sekarang. Insyaallah, aku pun akan menyusul nanti. Azam aku, 2 tahun terakhir di MMU nanti, aku akan stop semua event, program, dan aktiviti. Akan fokus pada study (naikkan semula pointer) dan bekerja mencari nafkah (macam dah kahwin lah pulak) =="

Terasa macam baru semalam sama2 dengan team Aceh pergi ke Aceh. Rupanya, dah konvo dah korang, Semoga korang menjalani dunia luar lingkungan MMU dengan jayanya. Sobs. Insyaallah, time aku konvo nanti aku nak dapat result first class. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Ameen. Ameen. Ameen. 

2. Kerusi SRC yang mengusutkan

Berada di kerusi SRC aka MPP ini memang mengundang seribu satu problema. Pabila hidup di MMU tidak lagi untuk memikirkan diri sendiri tapi perlu memikirkan kebajikan pelajar - pelajar lain. Wow, how a noble heart. Tapi sayang, SRC di sini tidak sehebat SRC di IPTA. Dengan galaknya ada campur tangan ProAspirasi dan ProMahasiswa yang sungguh menyebalkan tapi cool. Di sini, hanya membincangkan isu-isu dalaman. Tetapi Alhamdulillah Allah sangat memahami hatiku ini. Aku diletakkan di posisi external vice. Jadi, aku banyak uruskan hal-hal luar lingkungan kampus. Aku lebih attach pada gerakan mahasiswa luar dan urusan kampus dengan pihak luar. Contohnya baru - baru ini, aku join satu persidangan SRC Government Link University (UTP, MMU, dan Uniten). Memegang mandat sebagai treasurer SRC GLU 2012/2013. Cool jugak la dorang ni. I hope I can get something new here. Kawan baru of course, InsyaAllah ilmu baru. 

3. ISMART Kemboja bertakhta di hati

Mesti sekarang ini, team PBC (Pyea Baal Cambodia) sedang khusyuk mengemas barang dan packing semua kelengkapan sebelum depart ke Kemboja pada hari sabtu ini. Aku tak dapat join korang buat kali ini. Aku doakan korang semua akan success dalam misi PBC. Rasa sayang pada PBC takkan pernah luntur sebab aku adalah antara initiator event ni. Sobs. Happy melihat mereka hampir berjaya. Aku boleh katakan event kali ini agak besar perjalanan flow semasa di Kemboja. All the best lah korang. Kikiki. *Ketawa kejam. Kalau 40% dah settle di Malaysia, lagi 50% adalah flow di kemboja, selebih 10% lagi adalah post event works. 

Masih terngiang - ngiang lagi saat kita semua main galah panjang dekat tepi pantai time induction camp. Ada yang melompat2 main datuk harimau sampai tak ingat dunia. Bermeeting and brainstorming sampai lewat malam. Rindukan saat itu. Esok, aku akan ke Cyber untuk bantu mereka buat final master checklist, packing semua barang, dan buat simulation yang terakhr before depart. Oleh kerana terlampau sebak mengimbau memori bersama I SMART, aku terpaksa berhenti dulu dan sambung kemudian hari. 

Photo by KF: Datuk Harimau 


Photo by KF: Galah Panjang


I-SMART Camp 4










































Sunday, February 19, 2012

Bermulalah Episod KKB (3Ss)

Salam Beloggers yang sentiasa dalam redha dan rahmat Allah.

Tiada kata seindah bahasa untuk diucapkan dan untuk dilafazkan selain Alhamdulillah. Tanda syukur pada Allah atas semua yang kita ada. Jika mahu ukur sehebat mana nikmat yang Allah beri, lihatlah mereka yang paling kurang bernasib baik di seluruh galaksi bima sakti ini. Pasti kamu akan tahu erti syukur dan betapa besar nikmat yang Allah kurniakan pada kamu. Dan jika mahu lihat sehebat manakah kamu di dunia ini, lihatlah mereka yang paling osem dan istiqamah ibadahnya. Nescaya kamu akan tahu betapa kerdilnya kamu dan harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Kita selalu berdoa pada Allah apabila ada masalah. Masa itulah kita akan menangis betul - betul atas tikar sejadah sambil tersedu sedan. Tapi apabila dilimpahi dengan nikmat, apa yang kita buat? Buat selamba sahaja sambil menikmati dunia fana ini. 
Jadi, mari kita sama - sama luangkan sedikit masa untuk katakan dengan penuh ikhlas bahawa kita syukur dan sayang pada Allah. Allah, kali ini sujud dan doa ini adalah untuk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga untuk segalanya. Allah, thanks for everything.
Aku punya satu cerita. Cerita yang panjangnya tak cukup satu buku hikayat merong mahawangsa, dalam ertinya tak mampu ditandingi oleh lautan merah, besarnya lebih hebat dari istana taj mahal Shah Jahan, tingginya lebih tinggi dari menara Burch dubai. Inilah kisah sebuah epik bernama LAGENDA KKB 2012. Dengan taglinenya Sayang Sampai Syurga (3Ss) 


# Tentang KKB 


Alhamdulillah lagi untuk ucapkan setinggi - tinggi syukur pada Allah sebab final exam sudah habis. Fullsetop. ONE STEP CLOSER. Terasa semakin dekat dengan hari itu. Sekarang sedang panaskan kembali enjin BMW 10th series dalam hati ini untuk kuat dan tabah mengharungi hari - hari sebelum Karnival Keluarga Bahagia 2012. It's gonna be a night mare or a beautiful dream. Segalanya terletak pada tangan kami. Perlu kuatkan azam dan semangat untuk tempuh proses perlaksanaan KKB ini. Bermulalah episod KKB!!

# Manusia Dalam KKB'12

Alhamdulillah, Allah kurniakan barisan saf jawatankuasa induk KKB'12 yang osem-osem belaka. Walau pun terasa sedikit patah sayap ini apabila hilang dan terasa sangat hilang seorang initiator hebat yang aku rasakan seperti pergi dari KKB'12. Setelah semua tugasan hundred percent diserahkan bulat-bulat kepada aku untuk uruskan KKB. Mula - mula tu rasa macam hilang kekuatan. Tapi lama - lama dah belajar merelakan. Biarlah mereka dengan apa yang mereka fikirkan. Alhamdulillah, jalan ini, dugaan ini, dan pengalaman ini adalah satu ibrah dari Allah untuk aku kutip seberapa banyak pelajaran dari-Nya. Pernah hati ini berkata bahawa kau berada dalam KKB ini bukan sebab manusia yang letak, tapi Allah yang letak. Allah kata, kau mampu untuk teruskan KKB. Jadi Dia gerakkan hati manusia untuk jadi as-sebab atau perantara untuk meletakkan aku dalam AJK KKB kali ini. Redha dan berazam kuat kini untuk berKKB. Alhamdulillah ada seorang koordinator yang setia disebelah walau terkadang aku tetap terlihat di riak wajahnya bahawa dia sangat tidak yakin pada aku. Riak yang sangat jelas kelihatan. Aku akan buktikan bahawa aku bersama Allah. Dan mereka yang bersama Allah pasti akan hasilkan sesuatu yang osem dan style. Percayalah. Ini janji pada diri sendiri. I will work on it. Pastinya akan menjadi dengan barisan AJK yang hebat. Biar tak hebat di mata manusia, tapi hebat di mata Allah.

# Aku dan KKB

Aku sedar bahawa ramai yang di atas sana, mereka yang sangat hebat dan sudah terserlah kehebatan mereka seakan - akan tidak percaya pada aku untuk bawa KKB kali ini. Maklumlah  siapa aku? Bukan pun pemenang award young leader of the year ataupun best achievemtn ever. Hanya seorang lelaki biasa yang sedang mendidik untuk melahirkan satu semangat luar biasa. Ameen. Sebab, destinasi aku bukan terhenti di sini, bukan terhenti di dunia. Tapi di al-jannah. Insya-Allah. Jadi, aku akan buktikan pada diri sendiri bahawa aku boleh tangani dan aku boleh lakukan KKB ini. Walau dengan AJK yang baru, walau dalam bilangan yang sedikit, kami mampu untuk buat sebab matlamat kami jelas. Itu yang penting. Aku abadikan KKB'12 ini untuk Allah dan sebagai prove semasa aku menghadap Allah nanti bahawa aku sudah pun lakukan satu langkah untuk bantu dakwah-Mu ya Allah.  Dan haruslah jadi kuat jugak sebab aku kan ketua, so kene cool dan style selalu. Ameen. 


#Aku, Dia dan dia

Selain KKB, ada juga beberapa halangan dan liku yang sedang menunggu dihadapan. Ada liku yang telah aku lepasi dan ada yang sedang tunggu dengan penuh evil look. Hey dugaan, aku nampak kau sedang tunggu aku dihadapan itu. Janganlah pandang dengan penuh evil, pandang dengan kasih sayang okay. Kita jadi geng. So, senang aku nak tempuh kamu nanti wahai dugaan. Bermonolog sebenatr bersama dugaan. Awas! Dia ada di depan. 

Aku adalah diri aku sendiri. Mukamil Bin Abdul Razak. Dia adalah tuhanku yang satu. Allah Subhanallah Taala. Dan dia adalah dia. Seorangf manusia biasa yang sering memberi sokongan moral dan sokongan padu sepanjang perjalanan. Siapakan dia? Mungkin juga family, mungkin juga adik beradik, dan mungkin juga kawan atau sahabat. Ataupun dia itu adalah Dhia dalam kisah tentang Dhia. hehe. Terpulang kepada pemahaman masing - masing. Tapi bagi aku, dia adalah sumber inspirasi aku. Kadang - kadang dia hadir bukan untuk menyelesai masalah aku, tapi untuk aku bagi opinion untuk menyelesai masalah dia. Maklumlah, when you get into something, means you get into it's problem jugak. Okay, stop thinking about ridiculous. think positive!

Nilaian KKB 

Bagi aku, nilai KKB ini sangat penting dan merupakan bench-mark untuk aku. Ataupun orang kata yard stick. Untuk muhasabah diri sejauh mana kekuatan diri, sekeras apa teguhnya hati, sekuat apa nilaian diri dalam memberi penilaian dalam hidup dan kehidupan. Insya-Allah kami akan laksanakan yang terbaik. Semuanya kuasa Allah kan. Kami usaha dan tawakkul.  Janji kami pada KKB. Ameen~

Khulasah, lupakah kamu pada sabda Nabi yang sangat menghiburkan."Barang siapa yang perbanyakkan istighfar, maka Allah akan hapuskan kedukaannya, menyelesaikan semua masalah, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka - sangka." Oleh itu, istiqamah dalam beristighfar. 

Setiap dari kamu pemimpin, dan kamu bertanggungjawab ke atas pimpinan kamu. Seperti seorang perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas negara, seperti seorang ayah yang bertanggungjawab ke atas keluarga, seperti seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isteri dan anak - anak, seperti seorang isteri yang bertanggungjawab ke atas maruah suami dan rumah tangga, seperti seorang majikan yang bertanggungjawab ke atas pekerjanya dan seperti seorang pekerja yang bertanggungjawab ke atas amanah dalam pekerjaan. 

p/s: Sejujurnya, aku belum betul-betul cukup kuat. Masih perlukan seorang supporter terhebat di sebelah aku untuk terus jadi cheer leaders untuk terus bagi cheers sebagai moral support.  Sapa nak, sila pm di fb. *Saya rasa ada orang nak tapi segan nak cakap kan. 

pp/s: Henti marahkan orang lain atas sebab satu kesalahan. Tegur dengan hemah dan hikmah. Jika tidak, kita tidak akan mati sebelum melakukan kesalahan yang sama. 

KKB punya cerita!

Wednesday, February 15, 2012

Salam Beloggers yang sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Alhamdulillah. setinggi - tinggi syukur dipanjatkan pada Allah sebab masih mampu untuk melangkah di atas muka bumi allah ni untuk bertebaran meneruskan usaha menjadi super saiya yang osem, stylo mylo, bergaya, hebat, trendy, dan sebagainya. Itu kata seorang sahabat yang sangat mahu menjadi itu. Ameen untuk kita semua.

Alhamdulillah, setelah habis 3 kertas untuk final exam kali ini, semakin rasa lega. Tinggal lagi satu paper sahaja lagi. Then, I'm ONE STEP CLOSER. Closer to KKB'12. Closer to Orientation Week. Closer to wat eva lah. Insya-Allah.

Dan untuk kesempatan ini, ingin sekali memberi peringatan buat semua dan diri sendiri. Jangan pernah mengalah pada keadaan, jangan wahai sahabat sekalian. Jangan rasa menyyesal pada kenangan masa lalu, dan jangan takut untuk tempuh hari mendatang. Omputih kata, "dont regret the past and dont afraid tomorrow of its sorrow". Ini pun seorang sahabat saya yang terjemahkan. Nampaknye, saya perlu mentor English sentiasa di sebelah saya ni untuk trabslate semua words yang kurang arif. Kurang arif okay. =D

Counselor Terhebat.

Pernah dulu di satu ketika semasa masih di bangku sekolah, terasa ingin benar menjadi seorang kaunselor. dan impian itu masih lagi tersimpan kemas dalam perancangan masa depanku. Yes. Siapa kata bidang ini tak boleh jadi kaunselor. Boleh je okay. Yang penting, kene usaha lebih. Yes. Mesti usaha lebih dari orang lain untuk jadi yang terhebat.

Dan oleh itu, ramai dalam kalangan sahabat - sahabat semenjak dari sekolah rendah dan sekolah menengah akan datang menerjah ke wall FB ataupun PM FB untuk meminta khidmat counseling di waktu mereka rasa tertekan. Nasihat saya, counselor terhebat itu adalah ALLAH. Allah dah turunkan Al-Quran sebagai pembantunya yang amat hebat. Semuanya tercatat di situ. Walau tak fahami apa makna isinya, dengan membacanya sahaja hati boleh kembali tenang. Eh bagaimana hati nak tenang kalau tak faham maksud. Di sini ada satu kisah.

Suatu hari, seorang anak membaca al-quran tetapi tidak memahami isi maknanya. Lalu si anak pergi berjumpa ayahandanya dan bertanyakan bagaimana untuk menjadi tenang jika tidak faham maknanya. Laluy si ayah dengan penuh senyuman membawa anak ke tepi sungai bersama sebuah bakul plastik. Bakul yangy berlubang - lubang ala2 tong sampah dalam kelas waktu zaman sekolah dulu tu. Dan bakul itu sangat kotor dan jijik. Lalu, si ayah pergi lah ke ytepi sungai dan cuba mencedok air menggunakan bakul itu. Hampeh! Tiada setitis air yang berjaya diambil kerana bakul ituy berlubang dan air itu akan jatuh kembali. (Setitis ada lah kot. hehe). TETAPI. bakul itu menjadi bersih seolah - olah baru sahaja dibeli dari kedai dua ringgit. Sangat bersih dek kerana telah dicuci dengan air tadi. Nampak tak?
Apa yang disampaikan di sini ialah, bakul itu umpama hati kita dan air itu umpama al - quran. Walau encik bakul gagal mengambil air tetapi sekurang - kurangnya bakul itu menjadi bersih. Sama seperti hati kita. walau gagal memahami maksud sebenar setiap bait ayat dalam al-quran, hati kita akan lebih tenang dan bersih selepas membaca al-quran. Moral: Let's recite Al - Quran!

Sambung cerita mengenai hasratku sebagai kaunselor tadi..


Dek kerana terlalu ingin menjadi kaunselor, aku selalu sahaja menjengah ke bilik kaunseling di sekolah dulu. Sampailah berjaya menjadi PRS di sekolah. Sayang sekali tak berjaya menjad ketua PRS dek kerana telah memegang jawatan pengawas sekolah. Sad case!  Tapi tak mengapa, matlamatku bukan nak jadi ketua PRS di sekolah pun. Huhu.

Dan sampailah hari semalam, malam semalam. Aku telah mengadakan sesi kaunseling secara online dengan dua orang sahabat dari dua dunia yang berbeza. dan kedua-duanya punyai ciri-ciri istimewa masing-masing. Persamaan mereka adalah kedua-duanya muslimah solehah. Muslimah Wanted oleh pemuda - pemuda kahfi di luar sana. Sambil menkaunseling antara satu sama lain, pelbagai ibrah yang aku dapat. bahawa hidup ini, masa ini, kekuatan ini, ketenangan ini bukan milik kita sendiri. Ia milik semua. Harus salurkan kepada yang memerlukan. Doaku agar kedua-dua sahabat akan lebih tenang dalam menjadi daei yang cute dan comel. Ameen.

Impian Bermula dari Angan

Kalau tiadanya mimpi, tiadalah cita - cita. "Segalanya bermula di sini. Menggamit memori. Klasik nasional." *Lagu Klasik Nasional pulak tetibe. hehe.

Kita pasti ada banyak impian. Terlalu banyak sampai menjadikan kita lupa dan terlalu sibuk nak capai impian. Nak achieve target katanya. Tapi pernah tak kita berbalik kepada impian yang harus ditanam dalam lubuk hati setiap manusia di muka bumi ini. Apa itu? Semestinya nak masuk syurga Allah. Yes correct! Jadi, biarlah kiblat kita itu kita fokuskan. sekarang tolong reset kompas hidup masing - masing dan fokus balik arah tuju. Mana utara, mana selatan, ke mana timur dan arah mana baratnya.

Kita mampu merancang kan. Rancanglah apa sahaja. Sebab, kita harus merancang masa depan supaya akan terarah. Perancanagn adalah salah satu usaha kita jugak. Samalah seperti reset komps hidup  tadi. Kita rancang perjalanan supaya tak melencong ke lai nanti. Tetapi, segala perancangan harus diserah segalanya kepada Allah sebab Dia sebaik - baik perancang.
Tawakkul selepas beristisyarah. 

Tawakkul = tawakkal ; Istisyarah = berusaha di samping istikharah.

Contohnya, kita rancang nak anak ramai seramai 5 orang. Tengok2 sekali Allah kurniakan anak seramai 9 orang pulak. dan anak ke-6 kita adalah yang paling comel pulak tu. hehe. See. Semuanya Allah dah rancang dan aturkan. Kita harus mencari dan menggali. Semua Allah dah tetapkan dalam hikayat agung sebuag qada' dan qadar Ilahi. Tetapi, kita bukanlah bermakana harus menyyerah semata - mata. harus diiringi usaha. 

Ingat tak kisah Saidina Umar Al-Khattab. di mana beliau sedang berjalan melalui satu kawasan. Dan tiba di satu persimpangan untuk membuat pilihan arah yang mana harus dituju. Tiba -tiba, beliau mendapat tahu bahawa arah yang sedang dituju itu adalah arah di mana orang - orang disitu adalah pengidap taun yang berjangkit. Oleh itu, Saidina Umar telah menukar dan mengikut arah yang lain kerana ingin megelak daripada taun itu. See. Kita boleh ubah keadaan A kepada keadaan B sekiranya itu lebih baik kan. 
Moral : Usaha itu penting dan harus memilih mengikut keadaan. Usaha mengelak musibah.

Di sini ada satu contoh. "Katakanlah, percayalah, sesungguhnya." *Eh ternyanyi lagu Hazami pulak. Okay2. Katakanlah, kita sangat suka dan ingin bernikah dengan seorang muslimah wanted. Dan kita hanya duduk diam menunggu qada' dan qadar Allah supaya beliau datang dan offer diri untuk kahwin dengan kita. Oh My Allah (instead of OMG). Sangat janggal dan lompang di situ okay.  Saya masih tetap dengan pendirian bahawa kita harus berusaha okay. Selagi tiada hujah yang mampu tumbangkan pendirian ini, saya tetap dengan yang ini. Usaha kita adalah dengan minta pada Allah, minta pada muslimah tu, dan minta pada parents dia. Senang. As simple as that. Settled! Again, harus usaha bukan.
Moral: Kalau dah jumpa, cepat - cepat meminang. *Ketawa kecil.

Fuhh! Ini bukan melodi fuhh okay. Baiklah sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. semoga insan - insan yang membaca mampu menyingkap makna disebalik perkongsian ini. Kalau nak makan manggis, janga tengok pada kult luarnya. Sebab kadang - kadang kulit tak cantik. Tapi isinya sanagt putih dan gebu. Kalau nak pilih kain, jangan hanya tengok pada coraknya, tengok pada mutu kehalusan seni pada benangnya. Kalau nak pilih hadiah, jangan tengok pada sampulnya, sebab belum tentu sampul yang cantik, isinya juga cantik.

Khulasah, harus pandai - pandailah memilih. Yang penting usaha tu. sebab llah tak tanya apa hasilnya tapi Allah tanya apa usaha kamu. Berusahalah  dan jangan pernah mengalah. DONT GIVE UP. And I Wont GIVE UP too. Takkan putus asa sampailah dapat apa yang saya mahu. 
Tinggalkan entri kali ini dengan satu lagu dendangan khas buat anda semua. Oh yEah!







Saturday, February 11, 2012

Sebelas Februari. Semoga Berjumpa Lagi.

Salam Beloggers yag sentiasa dalam rahmat dan redha allah sekalian.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Syukur atas segala nikmat dan pengurniaan-Nya untuk hari-hari yang telah berlalu, untuk hari ini, dan insya-Allah untuk hari-hari yang mendatang.

Ambang 11 Februari 2012. (Catatan Hari ini)

12.00 tengah malam:  Study bersama adik-adik Team Aceh. Zaf dan Syira. (Memang adik sangat)
1.00 pagi : Balik ke rumah dan tidur. 
10.00 pagi: Hantar Cik Syira ke MC bersama Zaf.
2.00 petang: Memasan puding gula hangus di rumah sorang2. *Family semua keluar.
6.30 petang: Celebration. Ada Brownies, ayam golek, roti naan, dan caramel yang telah siap.
10.15 malam: Waktu sekarang. *ketika menulis entri.

Alhamdulillah. Tiada gunung yang terlalu tinggi, tiada laut yang terlalu luas, tiada kata yang terlalu indah, tiada ungkapan yang terlalu agung selain kalimah Syukur pada Allah.  Hari ini, genap usiaku 20 tahun. Alahamdulillah. Good bye to my teen-ages. Will miss you alot. My teen-ages yang telah dilalui dengan pelbagai ragam, suka duka, senyum tawa, dan lawak ceria, tak lupa juga untuk segala perit jerih dalam usia belasan tahunku. 

Kini, telah melangkah satu tahun kehadapan. Telah melangkah kedepan, telah semakin dekat dengan kematian. Ya. Kenatian itu belum pasti tarikhnya, tapi sudah pasti wujudnya.
Orang kata, kalau nampak tahi bintang, bolehlah buat wish. Kalau ada rezeki, insya-Allah menjadi.  Sepanjang jalan pulang dari solat Isya' tadi, duk perhati jugak di langit malam tu. Nak cari manalah sang tahi bintang. Yang ada, hanyalah bulan dipagari bintang. Tahinya tiada. *Ambil nafas sekejap

Beberapa wishes yang kuharapkan akan muncul kejayaan dalam bentuk sebuah kenyataan:
1.  Kejayaan 3.5 dan ke atas dan Final Exam.
2. Kejayaan dengan jayanya program KKB'12. Ameen. Tolonglah menjadi.
3. Kejayaan menukar kursus di mana Dekan tak benarkan. sad case! Peliz Dekan.
4. Seperti biasa, nak kahwin cepat. Lagi cepat lagi bagus. The more, the merrier. =P

Takziah dan Tahniah wahai diri. Hari ini adalahulng tahun kelahiranku yang ke-20 tahun.
Sudah melangkah ke usia 20-an, harus berperwattakn seperti 20-an. Harus lebih matang dalam menempuh cabaran mendatang,

Seperti biasa, akan ada sedikit pengisian tentang CINTA . LOVE .

Imbau kembali apa yang trainer saya cakap dulu sewaktu kem pemimpin pelajar pada tahun 2008. Cinta itu ada banyak cabangnya. Terpulang pada kita bagaimana nak melengkapinya.
Cinta pada ALLAH Cinta pada RASULULLAH Cinta untuk IBU AYAH Cinta untuk UMMAH Cinta pada KECEMERLANGAN Cinta untuk ISTERI (yang last tu tambah sendiri) =P
Dek kerana terlalu penat, sampai terlena di hadapan kaca laptop ini. Okay sambung kembali. 

Sejak kebelakangan ini, sering saja sibuk digemparkan dengan berita bahawa sahabat - sahabat saya sedang me;angkah ke alam rumah tangga. Oleh itu, jari-jari yang nakal ini, pergila buat entri yang bukan-bukan tentang perkahwinan, pernikahan, dan yang sewaktu dengannya. Hinggalah ada sahabat-sahabat saya yang bertanyakan tentang ini. Terkedu nak jawab. Conversation orang A dan B seperti berikut.

Soalannya: Siapa calon or bakal kau tu ?

Jawapan: Sungguh. Benar. Dan betul. Belum ada yang pasti lagi tentang yang ini. Siapa orangnya nanti, itulah dia. Tak berani nak memberi apa - apa hint sebelum semuanya pasti. Just wait and see.

Soalan: Dah melamar ke?

Jawapan: Buat siapa - siapa yang terasa seram nak dilamar, harap bersabar. Buat sesiapa yang rasa teruja nak diproposed, sambunglah istikharah untuk bertemu pemuda kahfi itu. Benar. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Bukannya niat tak mahu berterus terang, cuma tak sanggup nak berjanji terlalu awal. Sebabnya, hati wanita ini terlalu lembut dan tenang. Tak mahu menggangu ketenangan itu dengan janji-janji yang belum pasti, dengan kata - kata manis yang belum terjamin pengakhirannya. Oleh kerana, nak menjaga ketenangan hati itu, dan tak mahu menggangu kedudukan hati lembut yang sedang tenang itu, lebih baik menjauhi dulu sampai tiba masanya. Tak berani nak mainkan perasaan orang, kes naya nanti. =P

UAI kata, perempuan solehah patut kahwin dengan lelaki soleh. Lelaki soleh yang lain perlu kahwin dengan perempuan tak solehah. 
Persoalan di sini ialah, adakah lelaki yang tak soleh tak payah berkahwin? Jawapannye ialah, semua lelaki akan menjadi soleh kelak. Hehe.

Dah lari topik sedikit, maaf kerana masukkan point perkahwinan lagi dalam entri kali ini. Point utama adalah, nak cakap bahawa, today is my birthday. Terima kasih Allah. Uda saya adalah orang pertama yang wish. Thanks ud! dan seterusnya adalah my family members. Baba, emak, dan adik-adik. Thanks for this simple celebration. Alhamdulillah.

How I wish I could make KKB'12 ini berjaya. Ya Allah, moga doa hambamu di hari lahir ini akan termakbul. Ameen. Ameen. Ameen.
p/s: Sehingga berjumpa 11 Februari bagi tahun yang akan datang. Adakah aku akan masih single pada 11 Februari 2013. haha. Tunggu dan lihat. (sempat berangan. hehe)

pp/s: Waktu sekarang: 11.30 malam. Menuju ke ambang 12 Februari. Renung di luar tingkap. Banyak bintang. haha. Tiada pulak tahi bintang nak make wishes. hehe.

ppp/s: Terima kasih untuk semua ini ya Allah. 

pppp/s: Aku pasti akan merindui 11 Februari. Selamat tinggal 11 Februari. Jumpa lagi tahun hadapan.

Senyum sambil terharu. =P