Sunday, October 14, 2012

Aku Cinta Padamu


Bismillah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi dan segala isi-isinya. Alhamdulillah dengan rahmat hujan yang diturunkan di pagi hari. Alhamdulillah dengan nikmat kurniaan matahari yang menghangatkan pagi. Alhamdulillah dengan kurniaan nafas yang membantu kita meneruskan beribadah kepada kita dan menaburkan rasa cinta dan kasih pada Allah dan sekalian makhluk-Nya. Terima kasih Allah. Ambil masa beberapa minit tutup mata dan ucap Alhamdulillah.

Tak terkata betapa ertinya nikmat sebuah kesyukuran. Team teman tapi mesraku sudah pun berada di Kemboja bagi meneruskan misi kemanusiaan kami di sana. Walaupun saya tidak turut serta, insyaAllah semangat saya sentiasa bersama kalian di sana. Saya di sini terus mengirimkan doa yang tidak putus - putus buat kalian semua. semoga segalanya berjalan lancar. Keberadaan mereka di Kampung Thmei, Daerah Kratie, Kemboja tidak mengizinkan kami untuk berhubung dek ketiadaan bekalan perkhidmatan line maxis, digi, mahupun celcom untuk kami berhubung. Kini, penghubung kami hanyalah doa dan harapan. Ya Allah, peliharakanlah mereka dan sesungguhnya kami bergantung sepenuhnya kepada-Mu Allah. Permudahkanlah mereka menjalankan misi kali ini. InsyaAllah. Tiada yang lebih indah selain senyuman para warga kerja dan para penduduk Kampung Thmei yang gembira hasil daripada sumbangan yang dikirimkan dengan penuh kasih sayang dan kasih sayang yang disampaikan oleh Team PBC. Masya-Allah indahnya nikmat kasih sayang dan persaudaraan. Alhamdulillah. saya di sini menunggu kepulangan kalian dengan senyuman dan mungkin air mata kegembiraan. Teruskan perjuangan kalian wahai Mujahid dan Mujahidah! 

Masih teringat kenangan bersama mereka sewaktu bersimulasi di MMU kampus Cyberjaya. Dan sempat pula menjengah kakak - kakak dan abang - abang yang sedang bergraduasi dan konvokesyen. Alhamdulillah. Mabruk wahai saudara saudari seperjuanganku. Insya-Allah saya akan menyusul nanti. Kini tiba pula giliran ibu saya, Puan Safer Bee untuk berkonvokesyen selepas menamatkan pengajian beliau dalam Ijazah Pengurusan (MBA) di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM). Insya-Allah kegigihan ibu dalam menghabiskan pengajian akab membakar semangat anak - anak agar lebih bersemangat meneruskan pengajian dan pembelajaran. Nah! Tidak dapat disangkal lagi bahawa umur itu bukan penghalang. Belajarlah sedari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad (Utlubul ilmi minal mahdi ila lahdi)

MInggu ini, pelajar baru akanb berorientasi di MMU untuk Intake bulan October. Jadi segala persiapan sedang disiapkan. Segala perkongsian yang bakal dikongsi telah pun tersedia. INsya-Allah datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. 
"Setiap dari kita adalah pemimpin dan kita bertanggungjawab ke atas apa yang kita pimpin. Sekecil - kecil pimpinan adalah minda dan hati kita sendiri." 
Entri yang agak pendek namun semoga bermanfaat. Ilmu Allah itu luas. Tuntutlah ilmu dan bertebaranlah di muka bumi ini untuk menuntut ilmu dan melihat ciptaan Allah. Insya-Allah. 

p/s: Tajuk entri kali ini ditujukan khas buat para pembaca terutamanya buat kekasih gelap dan cerahku. :P


No comments:

Post a Comment