Tuesday, August 30, 2011

SALAM MERDEKA

Dengan namaNYA..

Merdeka!! Ini yang kita ungkapkan dengan penuh megah dan rasa bangga.  Yes, we should proud for our independent Malaysia.  Alhamdulillah.  Kita masih lagi diberikan kesempatan dan kehidupan untuk berada dalam suasana yang kita katakan bebas ataupun merdeka!

Sama ada kita sedar atau tidak, kita sering lupa, leka, dan alpa.  Siapakah yang bermati matian mendapatkan merdeka itu.  Ya, mereka pejuang bangsa, pejuang negara, pejuang agama.  Siapa kita untuk tidak menghormati mereka?

Ya, kita katakan kita bersyukur sebab hidup dalam negara yang aman merdeka.  Tapi adakah itu yang kita zahirkan melalui perlakuan kita?  Tepuk dada, tanyalah Iman.  tanya pada Iman yang sebenar.  Iman kepada ALLAH yang esa.  

AWAS!!!!! Merdeka yang ada sekarang, bukan untuk kita nikmati sendiri, BUKAN!  Merdeka ini untuk kita pertahankan.  Untuk siapa? Untuk anak bangsa kita.  Untuk generasi selepas kita.  Merdeka ini hak mereka. hak generasi berikutnya.  Hak anak bangsa kita.  Kita hanya meminjam kemerdekaan ini dari mereka.  Kelak kiyta perlu pulangkan kembali.

Tapi, bangsaku! Bangsaku pada hari ini langsung telah melupakan jerih perih pejuang merdeka.  Dengan mudah mereka cipta kata kata sinis yang menyindir pejuang.  Hey! Siapa kita untuk menyindir mereka? Siapa kita.  Memanglah hidup kita di dunia ini dengan izin ALLAH.  Tapi, para pejuang inilah perantara kita dan ALLAH, mereka yang menjadi utusan dari ALLAH untuk pertahankan merdeka ini.  

Yang sudah tentu, kita menyanjung dan mencontohi pejuang2 Islam yang mempertahankan Islam, Hamzah Bin Abdul Mutalib dan Khalid Alwalid.  Tapi, di manakah Mat Kilau? Di mana Tok Janggut dalam hati kita.  Adakah sekadar orang tua bodoh yang membodohkan diri menuntut Merdeka?  Fikir2kan..

Jadi, seperkara yang mesti ingat dan faham.  Kita hanya meminjam kemerdekaan ini dari generasi seterusnya. Sebagaimana kita dapat merdeka ini, begitulah yang perlu dipulangkan pada mereka, yakni generasi berikutnya.  

"We're not inherit this independence from ancestors, but we are lending it from the next generation."

Jadi, sedarlah semua.  Kemerdekaan ini perlu dipertahankan.  Jangan hanya hebat dibibir
tapi zero in action.

kita tidak mewarisi kemerdekaan ini daripada nenek moyang, tetapi kita pinjamnya dari generasi berikutnya..


MERDEKA!!  

Saturday, August 20, 2011

ACEH OH ACEH

Salam hormat..singgah lagi untuk melunaskan hutang saya pada Peuehaba Aceh untuk buat entri regarding Peuehaba Aceh 5.

Semalam baru je lepas berjumpa dengan Pak Hamdani.  I got a better picture about Pondok Yatim Ar-Raudhah.  Rupanya, masih banyak wang yang belum terkumpul untuk pembinaan surau di sana.

Sedih hati dengar kisah adik2 kat sana.  Kalau lah kita di Malaysia ni, boleh main pilih2 masjid or surau nak kita nak pergi sebab begitu banyak pilihan masjid dan surau di sini.  Tapi, cuba bayangkan adek2 kat sana.  Surau pun tiada.  Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar semua yang membaca post ini untuk sama2 menderma.  Jika berminat, boleh contact nombor di bawah.

Kamil, Biro sumbangan, Peuehaba Aceh 5. 017 6678 681.

Lagi update dari kami, next week, on Monday, kami akan ke MRSM Terendak dan MRSM Tun Ghaffar Baba untuk mengutip sumbangan dari mereka, adik2 pelajar MRSM dan guru2 di situ. InsyaALLAh, moga murah rezeki anak2 yatim di Pondok Yatim Ar-Raudhah itu. ameen.  Ini adalah banner bagi kempen yang bakal kami adakan iaitu, Kempen seorang RM 1. insyaALLAH.



Ok setakat itu dulu.  Hati Ikhlas Pasti Dibalas. *trade mark ustazah siti Norbahyah*

Itulah namanya Kehidupan~

Dengan nama Allah......

Lama betul tak update ruangan saya ini, memang banyak netul untuk saya ceritakan.  Itu dan ini, ini dan itu.
Kalau nak fikirkan semua sekali, rasanya memang tak cukup 100 hari. haha.  Salam Ramadhan untuk semua walaupun dah masuk fasa 10 malam terakhir.  Tiba - tiba hari ni rasa nak menaip untuk memenuhi ruangan yang dah lama tak dijengah ni.

Frankly speaking, sepanjang saya join Peuehaba Aceh, banyak betul, ramai betul hati2 insan yang dah terZREET dengan saya. my classmate, my family, adik beradik PBMKM, adik beradik I-Smart, my family in Desa Tercinta and semuanya lahh.  Terpaksa untuk hentikan semua buat sementara waktu dek kerana ingin beri tumpuan untuk Peuehaba Aceh 5.  Nah...Bukan satu tugas yang mudah, gudluck lah untuk the next team ye..hehe.

Apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan, Aceh2 jugak, assignment mesti on, kelas mesti pergi, lectures dan tutorials, semuanya mesti lengkap. Aduh! Sakit mata tengok my attendance yang banyak lompangnya..Itulah padahnya, balik lewat malam, tidur pun lewat, study2 siket, then, esok bangun pun lambat.

Tapi, ada yang lebih penting nak habanq kat hampa semua ni, semalam, saya, kak Fateen, kak Nadi, kak Farah dan kak Uqi, pergi ke Bangi untuk jumpa pak Hamdani, penjaga Pondok Yatim Ar-Raudhah di Lhokseumawe yang bakal kami lawati nanti.  Berjumpa dengan beliau, bercerita panjang, bertanya pelbagai soalan.  Alhamdulillah, dapat gambaran yang lebih jelas semasa di sana nanti.  Tapi yang tak boleh bla nye, Kak Farah dicop sebagai gadis aceh oleh Pak Hamdani dek kerana wajahnya iras2 gadis Aceh. Hai Pak, nak ngorat akak saya ke???? haha..

And the saddest thing is, I have to say goodbye to Desa Tercinta, to PAKIS dan to Liga Debat IPTS.. Saya tak mampu nak join semua. Dengan assignment yang berlambak dan tutorial yang tak siap, dan final exam yang sedang mengagamit gamit...Aduh, cuak saya dibuatnya....

Selepas semua yang saya hadapi sekarang, rasa nak berhenti buat semua ni pun ada jugak.  Pernah jugak terfikir untuk stop all this and hanya duduk di rumah dan bergelumang dengan buku je.  Rindunye nak makan sama2 dengan classmate, nak buat semua tutorial sama2, buat assignment together, nak jalani kehidupan normal..Without these hectic life..Ya ALLAH, give strength. :'(

Antara Aceh, Ismart, PBMKM dan family, ku pilih family.  Dan maybe selepas semua ini berakhir, saya nak jadi seorang yang nerdy, hanya ke kampus untuk ke kelas sahaja, dan selepas habis kelas, terus balik rumah.  
Tak nak join apa2 aktiviti kelab ni...huh...Mungkinkah ia terjadi??? Just wait and see...hehe..

Itu sahaja buat kali ini, tiada gambar hiasan untuk entri ini...Salam hormat..