Tuesday, January 31, 2012

Terlintas di Minda

Salam Beloggers yang sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Warning kejap! Penulisan saya tak sehebat Inci Gabana aka Angel Pakai Gucci (Kenapa Gucci?) =_=". Mahupun tidak seperti Hlovate denagn contengan jalanan-nye. Penulisan saya umpama penulisan budak kampung yang selekeh dan ada banyak grammatical error dan susunan kata tak seindah makhluk dua biji kat atas tu. Pun bukanlah super saiya terulung di muka bumi ini. Bukan juga sepuitis KF okay. Which I know she is reading this. Hai KF.  Eh, Syira pun ada. Tapi, kenape la makhluk lagi sorg tu takde kan. Sekian pengumuman ini.. Cekidauttt!!

Kalimah Wahdah. Kalimah Syahadah. Kalimah Cinta. dan hantu Kak Limah juga. (senyum sambil kenyit mata)

Entah lah, kali ini rasa betul tidak tenteram. Selepas menghabiskan masa selama seminggu lebih berhoney moon dan lupakan semua fasal study dan fasal final exam. Manakah diri ini dah terbang? Dah sampai ke bulan agaknye. Haha. (Gelak sorang2 dalam bilik kecil ni)

Mood: Tak terungkap dek kata-kata mahupun penulisan sastera terunggul karya A Samad Said mahupun karya agung Ungku Aziz. Bukan juga maha karya cinta nyanyian FT.
Latar belakang : OST Autumn in My Heart - Reason (Dah kenapa duk dengar lagu ni)
Suasana : Sunyi sepi dan semakin sepi.
Teman hidup : Belum ada lagi. siapa nak, boleh isi borang. KF pun boleh.

Ya Allah, kenapalah tiba-tiba rasa sangat sunyi pulak malam-malam ni. Sangat sunyi lah Ya Allah. Adakah ini malam terakhir sebagai hambamu ya Allah? Betul. Sangat lain. Petanda apa inikah ya Allah?

Emak. Emak pulak pulang ke kampung sebentar bersama adik. Pulang ke Kulim Kedah. Ziarah nenek saudaraku yang sedang sakit. Allah, kau berikanlah yang terbaik buat Mamy Mariam ya Allah. (Panggil Mamuy sebab duduk utara. Ala-ala gelaran Mamy Jarum Penang)

Sejujurnya, sedang melalui hari-hari sepi. Sepi tanpa siapalah agaknye. Mengarut betul. Semua ini mengarut. Mimpi itu pun mengarut. Mimpi yang agak wat eva di situ. Mimpi apa? biarlah rahsia. Peliz jangan tanya. Yang penting bukan mimpi basah okay. Kering je. *Senyum sinis.

Belakangan ini (wah tatabahasa A+), aku asyik saje memikirkan perkara yang bakal berlaku di masa hadapan. Masa hadapan. Masa hadapanku di MMU. Apa akan jadi semester depan (karnival Keluarga Bahagia 2012 - Harapnye bahagia lah). Selepas itu apa? Oh menuju ke bulan 6, ada tugas besar aku dalam organisasi Komiti Minggu Orentasi Pelajar Baru (Setiausaha tu - hebat sangat ke jadi S/U ni?). Lagi? lagi nak fokus pada pelajaran. Iyelah kan. Selepas baru sahaja tukar kos ni. Walau ditentang hebat oleh ayah. Nasib baik emak cool je. Love you la bebeh. Tak lupa juga pada team kemboja. I'm in supporting actor je. Bukan main actor. Kalau nak dapat award pun, boleh la nak tibai best supporting actor. 
Kemudian apa lagi? Oh. Nak fokus pada pelajaranb sampailah pergi Intership pada bulan 2 tahun hadapan. Di mana? Waallua'lam Bissawab. Kemudian, kerja lah. Then, kahwin. Tengok! Lagi - lagi kahwin. Ni lah masalah kecelaruan minda ni. Asyik duk buang masa fikir fasal kahwin.

Ha! Ni mai cek nak story sikit. Awat la depa duk kata, orang yang duk cerita pasai nikah ni, tak matang. Tambahan, orang yang duk kata kat aku tu pulak lebih muda dari aku which is my brother, Fidas. Hello! Siapa yang tak matang ni? Bila cerita pasai nikah ja nak withdraw. Tapi ada betoinya juga, awat yang duk kalut duk pikia' pasai nikah. Dah gatai sangat nak menikah ka? *Sila rujuk pada buku Apabila Hatyi Rindu Menikah*(Dah khatam dah. Yes!)

Setelah puas aku honey moon selama seminggu lebih ni, tapi masih mood study masih tak kunjung tiba. Honey moon sorang2 okay. Jangan fikir lain. Aduhai hati? Apa sudah jadi? Tak berkat ke aku ni? Atau kurang berkat. Nak kene kahwin baru datang berkat ke. Aduhai. Ini yang kacau ni. *Lari sambil tutup muka*

Hampir seminggu lebih cuti ni, banyak sangat perkara yang sudah terjadi. All happened in one time. Banyak bende nak kene hadap. Dengan masalah hati lagi. Aduhai. Kepada sesiapa yang sedang membaca, tolonglah carikan saya seorang yang dapat bagi kounseling berkenaan masalah hati saya ni. Kalau ada sapa2 yang kenal ustaz mana - mana ke. Ini dah kes parah betul ni. Kalau kemalangan tu, dah kira cedera parah dah ni. Okay. Istikharah terus menerus pasti membantu. Aku yakin dengan istikharah aku. Allah pasti tunjukkan jalan. Yes. Yakin + Istiqamah. So, semua kene yakin. *Nampak tak? =P

Sudah tidak tahu nak pergi pada siapa selain Allah. Nak story satu persatu masalah. Nak tanya apa penyelesaiannye. Ataupun aku je yang terover. Eh. Tapi why not kan. Takde salah langsung di situ. Tak izhar pun di mana silapnye. I just wanna have one. That's it. Fulsetop.

Banyak juga yang aku terfikir perkara yang mungkin terjadi. Perkara yang akan terjadi. Perkara yang pasti terjadi. Dan perkara yang mustahil terjadi. Semua. Infiniti in one. Apa petanda semua ini?

Biasalah tu. Orang muda kan. Memang time2 ni macam2 pulak yang terasa ingin mencuba. eh. Macam lah orang tua tak de perasaan ingin mencuba. Hello~ Pun begitu, ada betulnya ungkapan orang tua-tua tu. Mulut masin. Air laut pun kalah. (Tangan di dada mata ke atas). Hehe. Tak de lah wahai orang tua. joking je. (eh, umur 25 tahun kategori tua okay) =P

Selesai dengan luahan hati. Bicara hati yang takkan disudahi. Bak air laut yang tak bertepi. Juga umpama air terjun yang setia mengalir tak henti. (Eh, bermadah pulak)

Nak akhiri lah ni. Nak akhiri dengan sepotong doa.
"Ya allah sesungguhnya, hati hambaMu ini sedang tidak tenang. Jadi, janganlah ambil nyawaku sekarang. Aku redha kalau Kau ambil nyawaku ketika aku betul tenang fikirkanMU saje ya Allah. Allah, kau kirimkanlah suatu miracle yang boleh buat hatiku tenang. Berilah satu berita baik yang mampu buat hatiku tenang kembali. Sungguh, aku hanya berharap padamu. Allah, aku sedang cuba untuk hanya mengingatiMU sebab dalam al quran ada cakap, hanye dgn ingat padaMU, hati akan jadi tenang. Jadikan aku tergolong dalam golongan itu. OK Allah, now I'm ready hear any berita gembira. Peliz ya Allah. Ameen. Ameen. Ameen."

Pesanan penaja punye ruangan.
p/s: Kepada pembaca, peliz aminkan doa saya ni. dan boleh try pada diri sendiri juga ye.
pp/s: Pembaca, I really appreciate you sebab sudi baca. haha. meroyan sudah.
ppp/s: Tolong ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk dalam ruangan ini okay.
pppp/s: Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati. 
ppppp/s: sebenarnye penulisan ini adalah karya yang kurang tepat dengan tujuan dan point sebenar. Belum punya kekuatan untuk tulis straight to the point sebab kali ini isu sensitive. 
*Sambung ppppppp/s sendiri sampai lah jumpa seribu 'p'. =P

Saya sedang menunggu kiriman itu dari Allah. Hadiah Misteri. Mungkin selepas habis KKB 2012 kut. Setakat ni, itu sahaja petunjuk yang saya dapat.

Off the record dulu. Semoga sejahtera semuanya. :)












Tuesday, January 10, 2012

Sayangkan ukhwah itu.

Ya Allah, seandainya ukhwah itu masih bertaut, kau lebarkanlah lembayung ukhwah itu sampai ke syurgamu ya Allah. 

p/s: Tiba - tiba rasa sayu bila ingat pada brother tu. :'(

Norma dalam hidup

Dimulakan dengan Bismillah.

Dari Abu Hurairah r.a. "Jalankanlah amanah yang diberikan kepada kamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Amanah Dalam Belajar

Meletakkan diri sebagai pelajar jurusan perakaunan ini bagiku bukanlah satu perkara yang mudah.  Bukan juga satu perkara yang terlalu mustahil untuk berjaya. Bergantunglh kepada sejauh mana minat aku ke arah itu. Bila fikir - fikirkan balik, memang tiadalah minat nak buat taxation, audit dan segala bagai benda yang langsung aku tak faham dan takkan ada minat untuk faham.  orang kata dalam berbuat sesuatu, biarlah diiringi dengan keikhlasan, kesungguhan, dan minat yang mendalam. Orang putih panggil passion.  So, you must be passion in each and every thing that you do.  Nasib lah beruntung badan, belum lagi mencecah tahun kedua, Allah masih beri peluang dan ruang untuk berkira - kira semula, tolak tambah darab bahagi mengenai hal ini. Belum terlambat untuk melompat ke kos lain. Biarlah istikharahku berbicara. Cewah. Ayat nak bajet alim kan.  Tapi memang la, its not as easy as ABC, as simple as one two three.  Orang boleh kata itu dan ini, yang nak menghadap dewan periksa nanti diri sendiri. Jadi, keputusannya sudah ada di dalam minda, tinggal nak laksanakan je modus operandi tersebut.  InsyaAllah boleh.  

Haih, sempat lagi nak mengomel menceritakan yang terpendam di hati. Tapi memang betul pun, amanah untuk belajar ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipikul. Perlu kena pada niat dan perlaksanaannya juga.  Pertama, amanah ibu dna ayah, kedua amanah dari penaja, amanah dari Allah tak payah nak cakap lah kan. Memang wajibul ghunnah tu. Jadi the morale of the story is, pergilah belajar sampailah lebam. Oopss! Sampai Syurga.

Amanah dalam menjalankan program

Sering dna acap kali, sebelum tidur, memang menjadi hobiku untuk menganalyse dan scan balik apa yang aku dah buat pada hari tersebut.  Tibalah pada hari yang satu tu, selepas sahaja selesai slot bersama orang yang agak besar di Melaka, tiba - tiba seorang makhluk Allah ni nak cari pasal pulak. Di sini lah segalanya bermula. Haizz.. Kenapa lah kau buat macam tu??? Tengok! Sekarang apa dah jadi. Makin lama, makin terhakis rasa respect, percaya, dan hormat pada kau. Hope jika makhluk Allah tu baca entri ni, faham - faham lah ye. aku memang respect tabik spring lah kat kau wahai hamba Allah.  Tapi tabik spring aku tu tiba - tiba terlantun balik ke muka aku bila kau buat perangai macam tu.  Maybe bagi makhluk tersebut tak lah zalim sangat, tapi!!!!!! Kau tahu tak, lu bikin gua panas! Ada ke patut kau pergi buat macam tu. Tak pelah, sendiri mao ingat lah. Aku pun dah malas nak ingat. Aku doakan kau bahagia dengan segala apa yang kau buat di dunia dan akhirat.  Tapi kadang - kadang rasa sedih pun ada jugak. Moral value : Jangan terlalu percaya pada orang, sebab nanti, once orang tu buat something yang kita tak suka, kita akan rasa amat sakit sampai dah tak boleh nak pandang muka dia lagi. Tapi, aku tetap kene pandang muka dia sampai habis dia belajar kat kampus aku ni. Lagi satu semester je lagi.

Ditambah lagi dengan tugas amanah menjalankan misi KKB'12 ni, amatlah mengundang! Alhamdulillah, Allah kirimkan seorang yang sangat membantu, tapi sekarang dah tak rasa lagi dah dia nak membantu atau pun tidak. Wahai makhluk Allah, kau cakap betulkan niat terus. Tapi, adakah niat kau nak jayakan KKB'12 ini sekadar nak memenuhi dan menyahut cabaran orang. Common lah brother, tak payah buat lah kalau macam tu niat.  

Rasa sedikit terkilan dengan hamba Allah yang ini. Memang entri ni nak cakap pasal dia je kan. Haizz sekali lagi. Kalau lah dia terbaca entri ni harap haraplah dia baca sambil terkesan di hati dan ada peluh kecil kat tepi kepala. Hopefully dia sedar bahawa aku memang agak terkilan dengan perbuatan dia tu. Tapi jangan risau brother, saya dah maafkan. Tapi lain kali janganlah buat lagi. Ini bukan sesi luahan rasa okay.

Berbalik kepada topik setelah habis sesi curhat.  Aku kini memegang amanah dalam beberapa program di kampus tempat pengajian aku.  Positionnye jugak boleh tahan bebannya.  
1. Karnival Keluarga Bahagia 20122. Minggu Orientasi Pelajar Baru sesi 2012/2013.3. I-SMART to Kemboja 
Tapi, memang lah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (ar-Raadu). Kini dan saat ini, rasa semakin tenang walaupun tugasan semakin menggunung, final exam makin menghampir. InsyaAllah aku akan boleh hadapi semua ini jika aku terus ingat padaNya. Plus, usaha, doa dan tawakkal.

InsyaAllah, All is Well.

p/s: saya tak jadi mengundur diri dari OC HicoM. Saya akan buat sampai habis.

pp/s: Saya dah tak nak macam ini. Nak berbaik semula dengan lu la brother. Tak payah lah nak tarik2 muka. Relaks sudah. Walaupun dah macam2 zreett dengan lu, saya dah lupakan. Bak kata seorang kf, maybe cara didikan. Didikan tahi kucing! Kalau betul nak mendidik, meh cakap dengan aku. Pehal nak takut pulak. Tapi seriusly, saya dah lupakan semuanya dan dah tak nak lagi ada simpan rasa tidak puas hati. Peace! 0-0.

ppp/s: Tolong jalankan tanggungjawab anda sebagai koordinator program saya ni eh. =D

pppp/s: Kalau lah ada yang faham apa yang saya nak sampaikan ni, memang osem lah orang tu. 

ppppp/s: Kau datang Kampus bukan sebab nak berprogram, tapi nak belajar. Tepuk dahi balik supaya sedar semula.

pppppp/s: Peace! No war! 0-0. 

ppppppp/s: Dah lama tak keluar dengan team Aceh 5. Bile le nak gather balik kan. Gather lah kau sampai lebam!! haha.