Thursday, September 22, 2011

HOT DI DUNIA TAK SEHEBAT HOT DI NERAKA


 Apa Terjadi Kepada Facebook Jika Kita Mati Suatu Hari Nanti?


Mari kita renung-renungkan bersama dan fikir-fikirkan bersama..

Pasti satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu passwordnya dan hanya kita yang boleh access. Dan selepas kita mati..apa yang jadi pada akaun fb kita? Mungkin ada yang akan ucapkan takziah.
Mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..

TETAPI! 

Sedarkah kita????? gambar-gambar kita..akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna. Macam mana nanti? Bagi yang wanita, lelaki ajnabi terus-terusan tengok gambar gambar tu. Hal yang sama juga untuk yang lelaki.

Dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada [unless akaun fb automatic delete]. Saham dosa terus meningkat.

Macam mana? Pernah terfikir tak? Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

TAK PERCAYA?

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An-Nur:31)
 
NAK LAGI ?

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)
HUKUM TETAP HUKUM

1. Balasan wanita yang membuka auratnya selain kepada mahramnya, akan digantungkan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama mana ia tidak menutupnya.

2. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan, akan digantung di atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggatungnya.

3. Betis dan peha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang dan pedihnya tidak terkira.

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cmbuk seperti seekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang [penguasa yang kejam] ; dan (2) Perempuan - perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta.  Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, dan tidak akan padat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Hadis Riwayat Muslim)

DAN..


Mungkin kini, kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumi-Nya tapi di akhirnya nanti. Semua itu tidak akan membawa erti. Semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup.

Di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita. Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat. Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan. Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ Jagalah maruah diri sebagai seorang islam

Mati itu pasti. Persiapkan diri untuk mati itu perlu. Moga Allah redha dengan perkongsian ini

Amin~

AWAS! AKHIRAT DI DEPAN! 

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

credit to mr google~


Friday, September 9, 2011

YAKINI ALLAH dan HARI AKHIRAT

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah.  Sangat bersyukur.  Allah saved me and He always saved me. And I wish he will redha me.  Just a few second after I wrote this status on my facebook wall post "Yakini Allah dan Hari akhirat. inilah kunci untuk mengekang pintu pintu nafsu." Allah sudah pun menguji aku.  Tapi, dalam masa yang sama, dia bantu aku.  Dia bantu aku untuk keluar dari masalah itu dan fikir akan hikmah di sebalik sebuah kejadian itu.  Tiada kata yang lebih indah selain memanjatkan syukur pada ALLAH, "Alhamdulillah."

Kita semua kan manusia biasa, sentiasa melakukan kesilapan yang takkan pernah sunyi dari perjalanan hidup kita.  Alhamdulillah sekali lagi.  Aku abadikan sebagai satu ujian.  Ujian ALLAH. Semoga dengan kejadian ini, menjadiakn aku lebih cinta pada ALLAH dan mengetahui fitrah sebenar kejadianku.  Mengapa aku dilahirkan di dunia ini.  Sungguh! Aku memang terleka dek dunia. Alhamdulillah ya ALLAH. Alhamdulillah.

Dan untuk apa keyakinan pada ALLAH itu?  Bagiku, itu perlu. It is a big MUST.  Jika kita yakin pada Allah, segalanya akan dipermudahkan.

          Analogi kes:  Seorang hamba melakukan maksiat yang berterusan.  Kemudian, bertanya pada seorang 
                               Ustaz, bagaimana caranya untuk mengekang diri dari maksiat.  ada jalan pintas tak?
                               Jawapannya memang ada. Cukup mudah, yakini Allah dan hari kiamat.

Jika kita yakin pada Allah, kita akan buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang.  Jadi siapakah yang patut kita yakini.  Dan semestinya ALLAH.  Kita sibuk melayan perasaan cinta dan cintun kepada hamba Allah.  Tapi, pernah tak kita terfikir bahawa siapalah yang mencampakkan rasa kasih dan cinta itu ke dalam hati dan sanubari kita?  Sudah tentu jawapannya Allah.  Jadi, siapakah yang selayaknya untuk kita labuhkan cinta kita?

Dalam novel yang saya dengar dari seorang senior. Farah Diva Ber'tagline' begini.."Dan cinta yang kulabuhkan untukmu itu, lebih dari sebuah kasih sayang."  Kasih seakan awan yang boleh dilihat.  Tapi cinta seakan angin yang kita tahu kewujudannya, tetapi tak dapat melihat, hanya merasa nikmatnya.

Tadi juga, aku pergi ke sebuah kedai buku MPH di MP.  Bertagline kan : "ya ALLAH, pertemukanlah aku dengan pemilik tulang rusukku."  Kenapa tiba tiba masuk isu ini? sebabn sejak akhir akhir ni, ramai yang bertanya tentang perkahwinan.  Jadi kalau nak menikah sangat? Fikir  dulu, perancangan selepas kahwin.


*p/s : setakat ini sahaja entri kali ini. Idea kering selepas satu kejadian di MMU yang amat menyedihkan.