Sunday, November 20, 2011

Kalau Nak Buat, Buatlah Sampai Syurga!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasih...

#Allhamdulillah. Mari kita bersama ringan-ringankan bibir menyebut, melafazkan kalimah suci ini. #Alhamdulilah.  Kalimah yang ringan di bibir tapi berat di timbangan neraca Allah. Benarlah, Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

1. Tagline baru "Sampai Syurga"

Sampai lebam VS sampai syurga. Which one sounds better?

Pertama sekali, sebelum melangkah sedetik lebih lagi, nak kongsikan dulu tagline baruku. "Sampai Syurga!" Ya Allah, sudah berapa ramailah orang yang aku jebakkan ke dalam fenomena "sampai lebam!" ni. Dan sekarang tibalah masa untuk transformasi berjaya. Macam Dato' Najib tak? Hidup Satu Malaysia! #Alhamdulillah Allah.

Daripada "sampai lebam", jom tukar kepada "sampai syurga!". InsyaAllah. Ada sahabat yang masih tak fahamkan? Apa lah hamba Allah ni cakap kan? Sampai syurga lah. Sampai lebam lah. Biarlah rahsia! Bagi yang faham bagus. dan bagi yang mahukan penjelasan lanjut, silalah ringankan jemari menaip di ruangan komen. InsyaAllah akan ku beri komen balas. 

2. Ada apa pada Sampai Syurga?

Benarlah. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. #Alhamdulillah. Kalau lah ada yang tanya pada kita, apakah nikmat yang terindah di dunia ini? Jawabnya adalah Allah. Allah. dan Allah yang Esa.  

Ada lagi yang ingin dikongsi ni. Maksud di sebalik tagline : Kalau nak buat sesuatu, biarlah sampai ke titisan darah terakhir. Alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Identiti PBMKM tidak dilupa. Kelas kau mariah! 

Sampai tahap mana kita boleh pertahankan yang semua yang kita buat, yang setiap langkah kita adalah kerana Allah? Seberapa kuatkah hati ini untuk setia pada Cinta yang satu ni? Betul ke semua yang kita buat kerana Allah? Persoalan kritikal yang tiba tiba datang di kotak fikiran lantas dari  fikiran turun ke hati. Dan muscular system detect balik respond dan lantas tangan menaip persoalan itu.  Elemen biologi sudah datang! Fuhh. Melodi fuhh.
Sedar atau pun tidak, kita ini hakikatnya memang hamba Allah yang biasa. Hamba biasa saja. Tapi tak salah nak berusaha menjadi luar biasa. Jadi luar biasa di mata Allah. Untuk meraih saps point Allah. Supaya bila graduation day di Padang Mahsyar nanti, dapat 4.00 flat. Yes. Itu aim yang mantop! Ameen. InsyaAllah. Go go Power Rangers! 

Tengok! Betapa hinanya kita ini. "Kau ingat kau dah cukup hot ke? Pernah tak kau bayangkan betapa hotnye neraka itu nanti?". Lagi persoalan menerjah ruang atma. Membuahkan suasana yang syahdu. Memang syahdu sangat. Sarcastic lagi. heh! Kali ini, sungguh! Sungguh tiada spotlight yang fokus. Santai santai saja sambil update ruang kecil ini. Buat tatapan penduduk penduduk bumi. Nak kongsi yang ini sedikit.

Apabila sampai satu masa, kita akan berpeluang analisis sendiri apa yang kita buat di dunia ini dengan analisa yang tepat. Dengan analisa yang memang accurate dan concrete lagi bernas. Tahu tak bila? Apabila sudah mati. Itu jawapannya. Apabila dah mati nanti, roh kita  akan mampu untuk melihat balik apa yang kita buat dulu. Kita akan dibawa kembali ke zaman lampau menggunakan mesin masa Doremon. Doraemon ke? Bukan2. Mesin masa Allah lah. Masa tu, tengok balik. Saksikanlah apa yang kita buat selama di dunia. Cuba sahaja kita bayangkan. Kita sedang menyaksikan aksi diri sendiri yang sedang buat maksiat. Maksiat yang macam2 lah. Menangis lah air mata darah pun. Tak guna pun. Credit to usrah session semalam. Tumpang usrah sahabat sahabat. #Alhamdulillah dapat peroleh something. Dengan tajuk "Ingat Mati!" atau dalam bahasa arebnya "Zikrul Maut!"

3. Perjuangan apa yang kau nak bawa?

Semasa berjumpa dengan seorang akh semalam, sempat bertanya tentang hakikat hidup ini. Antara dakwah dalam masjid dan dakwah yang bukan khusus dalam masjid.  Actually, both are just the same. Matlamat sama. Metod yang berlainan. Dan matlamat akan sama apabila both kita niatkan hanya kerana Allah. Again and again, neutralize niat. Neutralize sampai....syurga! See. There how it goes.  For all pejuang kemerdekaan di luar sana, pejuangan anda maish dalam lingkungan yang betul andai niat anda kerana Allah. 

Biar apa orang nak kata. Prang kata perjuangan kau tak ikut syariat! Orang kata niat kau salah! and etc. As long as, kau buat tu sebab Allah dan masih dalam dunia lingkungan syariat Islam, buat je lah sampai...syurga! Bukankah hanya niat itu adalah rahsia antara Allah dan hambanya? Siapa mereka untuk buat early judgement. Benarlah, manusia lebih gemar melihatkan hasil daripada sesuatu yang kita usahakan. Pernah ke mereka fikir bahawa betapa hatimu pernah menangis untuk itu. Betapa hatimu pernah zrett untuk usahakan yang satu itu. Biarlah mereka. Tinggalkan mereka bersama tohmahan palsu mereka. Yang penting, kita nak dibanci di mata Allah. Bukan mata manusia. #Alhamdulillah.

And there is tip untuk usaha ke arah beramal kerana Allah. Ingat lagu Raihan tak? "Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulilla". Pernah ke orang nak mencuri baca Bismillah? Kalau pun ada, satu dalam infiniti lah. Ini sedikit sebanyak dapat memberi amaran pada diri sendiri bahawa, kita buat ini kerana Allah.

Jadi, buatlah sampai.....SYURGA!!




Friday, November 11, 2011

Anak Tangga Perjuangan yang Osem !



Bismillahirrahmanirrahim. Hanya dengan nama Allah. 

Allahuakbar. Alhamdulillah. SubhanAllah. Rasa bergetar tak hati kita bila menyebut atau mendengar laungan kalimah - kalimah ini. Kalau berdetak kencang, bermakna kita tergolong dalam golongan yang beriman. Alhamdulillah. Ameen InsyaAllah.

Kanan, kiri, depan, belakang. dari arah Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Laut, Barat Daya, Timur Laut, dan tidak ketinggalan Tenggara. Semuanya bercerita tentang perjuangan. Perjuangan yang berbeza namun diharapkan bermatlamatkan satu misi yang sama yakni menuju Mardhotillah. 

Benarlah, perjuangan itu sangat mengerikan, sangat hebat, dahsyat, lagi mengerikan. Kata orang, perjuangan itu seumpama sampan di lautan. Akan pasti selalu bertemu dengan badai senja, badai semalam dan segala macam badai ataupun lebih dikenali dengan nama ombak. Bukan Ong Bak okay. Segala rintangan, cabaran, dugaan datang dari segala macm arah, dengan seribu satu rupa, melalui seribu satu cara. Kita tidak tahu adakah sampan itu mampu bertahan sampai bila. Tertakluk pada usaha kita, dan tawakkal kepada Allah. Dahsyat tak bunyi perjuangan itu? Persoalannya, perjuangan apa? Untuk apa? Kerana siapa? Persoalan yang sangat style saya tinggalkan untuk kita renungkan bersama. Berjeda seketika untuk mengambil nafas!

Perjuangan ataupun lebih sinonim dengan panggilan jihad jika dilihat melalui kaca mata dakwah dan tarbiah. Tapi memang itu pun yang sepatutnya. Terpulang kepada makhluk - makhluk, insan - insan, dan para penduduk bumi untuk mentafsir mengikut penilaian dan pemahaman mereka sendiri.

Perjuanganku di bumi MMU

1. Dream Team

Tiada kata yang seindah dan seagung Alhamdulillah yang dapat aku lafazkan setelah lebih setahun berada di bumi MMU Melaka @ Universiti Multimedia Melaka. Banyak sangat yang aku pelajari. Sama ada secara formal atau tidak formal. Yang paling best ialah apabila kita dapat memandang segala yang berlaku di alam ini melalui kaca mata dakwah dan tarbiyah yang sangat osem, style dan sangat bergaya! MasyaAllah. 

Semester pertama sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan baru sahaja tamat. Dan kini sudah melangkah ke minggu 5 dalam semester kedua. Alhamdulillah lagi bila Allah kurnia keputusan ujian akhir semester yang baik walaupun usahaku hanya sekadar sahaja, seciput cukup makan. Kita jarang persoalkan mengapa keputusan kita cemerlang tapi usaha kurang. Kita selalu persoalkan mengapa keputusan kurang sedangkan usaha cemerlang. Betul ke usaha cemerlang? Allah itu memandang pada usaha dan bukan pada hasil.

If you don't get what you want after you put all efforts, means that you are not really strive and struggle to achieve it. Because if you really struggle, you will get it. 

Dan sepanjang semester satuku, aku menyertai sebuah pasukan yang aku namakan Dream Team. Pasukan yang aku harapkan dapat kekal sampai bila - bila. Apa yang kekal? Semangat yang jitu yang tak pernah kenal erti mengalah. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ketika Dream Team itu sering diingatkan dengan amaran "JANGAN MENGELUH". Walau apa pun terjadi, harus tempuh. Jangan berhenti di sini. Kadang kala, di sepanjang perjalanan Dream Team itu, aku pernah merasa ingin berhenti. quit and end everything. Tetapi, apabila aku mengenang kembali, untuk apa aku mulakan? Kerana apa aku mulakan? Semuanya hanya kerana Allah! Lantas aku padam dan terus kambus idea untuk quit. Alhamdulillah lagi sebab Allah masih pancarkan nur hidayah dalam hati untuk terus memberi. Selagi kita ada  passion untuk memberi, Allah itu maha adil dan dia akan terus membuka jalan seluasnya untuk kita memberi ataupun membuat kebajikan. 

Kebajikan dan sukarelawan. Itu yang kami Delegasi Dream Team lakukan. Pernah aku terfikir, "keadaan aku pun tak berapa nak baik, untuk apa aku tolong orang." Lantas aku dikejutkan bahawa jika kita merasakan kitalah yang termiskin di dunia, pasti ada yang lebih miskin dan yang lebih memerlukan." Kita ini hanya manusia yang hina dan amat hina. Kita tidak pernah tahu mana satukah amalan kita yang akan diterima Allah. Untuk apa kita hidup? Untuk mengejar pahalakah? Atau untuk merebut redha Allah?

Hidup kita di atas bumi ini tidak lebih dari untuk mengabdikan diri kepada Allah.

"Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku"  (Az-Zariyat: 56)
Dan Dream Team yang saya maksudkan adalah Komiti Kami, Peuehaba Aceh 5 ,2011. Moga segala yang aku belajar dari Peuehaba Aceh 5 akan bermanfaat untuk aku dan untuk orang disekelilingku. Kerana apa? Kerana hidup kita bukan untuk kita seorang. Kita ini sebetulnya sedang memikul beban dakwah Allah. Dan kita amat diperlukan oleh semua orang untuk menyampaikan mesej dakwah. Bekerjalah kita sebelum terlambat. Bekerja ke arah seruan Allah. Alhamdulillah sebab dikurniakan Komiti Kami yang sumpah osem gila! Allahuakbar!

Ni lah Dream Team saya!

2. Karnival Kelurga Bahagia 2012 (KKB '12)

Dan kini sedang menjadi sebahagian daripada initiator untuk program terkini Institusi Usrah di MMU, KKB datang lagi! Bersama teman seperjuangan aku, Nurul Syahirah Bt Rosli, seorang gadis yang bertudung labuh. Mesti digilai ramai ustaz-ustaz diluar sana kelak kan. Salah satu aset yang sedang dibentuk menjadi ikon isteri solehah. Beliau yang memegang mandat sebagai pengarah program pada usia seawal ini. InsyaAllah segala yang dipelajari daripada Dream Team akan dapat diapliaksikan di sini. Sebagai seorang wanita, semestinya aku rasa beliau belum begitu cukup kuat dan masih memerlukan support dan sokongan dari barisan jawatankuasa yang osem. Dan aku adalah salah seorang daripada mereka. Alhamdulillah Allah masih sayang pada kita. Dikurniakan coordinator yang osem jugak yakni Saudara Rezal (bekas pengarah Peuehaba Aceh 5) dan Saudara Aliff Asyraf (Amir IU). Bertambah osem apabila beberapa bekas anggota Dream Team saya itu turut serta dalam KKB kali ini. Alhamdulillah ya Allah. Mereka adalah Saudari Wan Nurul Amierah yang juga merupakan bakal ikon isteri solehah, Saudari Akbar Nursyahbani yang merupakan gadis Indonesia yang bakal menjadi pendakwah melalui bidang seni, Saudara Abdurrahman juga merupakan pendakwah bakal hebat dalam bidang IT. Tetapi, Saudari Nurzafirah kini sedang sibuk merangka gerak kerja satu lagi program besar STAD. Kami doakan beliau tempuh kejayaan dan keredhaan sebagai salah seorang tunggak dalam program tersebut. 

Ya Allah, aku mohon kau kuatkan hati-hati kami untuk mengelola program KKB'12 ini. Semangat yang tak pernah kenal erti kalah. Kuat dan tabah. Berbekal kalimah Allahuakbar! InsyaAllah berjaya. Ameen.

3. PBMKM MMU?

Ini apa? Ini adalah salah satu nama kelab Melayu di MMU yang hampir menemui korupsi, orang kata ini kelab mati di MMU. Tapi aku tak tahu setakat mana kematiannya itu. Aku? Salah seorang exco junior yang join kelab 'mati' ini. Dengan hasrat yang kononnya nak bangunkan kelab Melayu, aku pun melangkah masuk ke kelab ini. Semakin lama di sini, semakin tak tahu aku apakah tujuan dan matlamat sebenar kelab ini di MMU. Macam tiada efek pun di MMU. Persatuan Bahasa Dan Kebudayaan Melayu. Memang berbudaya sangat. Tangan di dada, mata pandang ke atas! Jadi, fikir punya fikir, I should come out with at least one new thing at PBMKM. Dan Alhamdulillah lagi sebab Allah kurniakan aku idea untuk tubuhkan kelab gamelan di MMU. Alhamdulillah, adik aku, Muhammad Firdaus yang menjadi penyokong setia dan pembantu terhebat dalam gamelan team ini. Walaupun minatnya lebih kepada Rovers a.k.a. pengakap, aku tetap nak dia tolong dalam gamelan ini. Apa pun, aku doakan adik aku yang seorang ini dapat kecapi impiannya dalam Rovers. Ameen. Sebab mungkin passion dia dalam pengakap, mengikut pengamatan aku lah.

Satu je yang aku pandang dalam penubuhan Gamelan Team ni. Berjuang menjadi initiator dalam ilmu gamelan. Demi Allah. sumpah sebab Allah. Nanti MMU tak perlu lagi nak pergi bayar orang luar untuk mengetuk gamelan dalam konvokesyen pada setiap tahun. Bayangkan betapa banyaknya duit dibazirkan pada setiap tahun untuk mengupah pemain gamelan. Amat aku harapkan apa yang aku mulakan pada hari ini dapat beri kebaikan kepada semua dan orang seterunya. sebab di situlah wujudnya saps point di mata Allah yang juga merupakan salah satu usaha yang takkan pernah henti aliran kebaikannya selagi mana ada yang meneruskan usaha kita itu.


Konklusinya


Dalam segala yang kita buat, biarlah nak dinilai dari pandangan Allah dan bukan manusia. Sebab apa? Sebab, Bila kita letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kita telah mencuba. Bila tangisan itu berpanjangan dan hati yang satu itu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air mata itu. Bila merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH sentiasa setia di sisi kita. Bila kita sudah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaian. Bila semuanya tiada bererti, keliru dan kecewa, ALLAH adalah jawapannya. 

Anggapan semua ini sebagai kebajikan dan dakwah yang menggunakan wasilah yang sangat style dan bergaya. Bukan sekadar duduk di masjid okay! 

"Allah sentiasa menjanjikan kepada orang - orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang - orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang Dia redhai. Dan Dia benar - benar mengubah keadaan mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa..." (An-Nur:55)
Dan yang ini harus sentiasa di hati.

"Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamu orang yang tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman"
(Ali-'Imran:139)

Dalam setiap yang kita buat, mesti ada matlamat. Dan jika wasilah itu berlandaskan Islam, sudah cukup Osem bagi saya. Kau nak cakap apa. Cakap lah kau sorang-sorang. Asalkan aku ada Allah. Perjuangan aku tak henti di sini. Allah kurniakan aku kekuatan, kesihatan, dan umur yang panjang. Tapi kalau nak ambil nyawa aku, aku bersedia dan biarlah ketika hatiku sedang tenang dan memikirkan Kamu seperti di waktu ini. Jangan kau matikan aku ketika sedang bergelumang dengan dosa! Ameen.

Saya Sayang Islam!




Nantikan entri yang akan datang...
  • Aku di kerusi SRC MMU ?
  • Berkebajikan VS Duduk rumah dengan family !