Sunday, December 4, 2011

Khas Buat Kamu!

Bismillahirrahmanirrahim

Tagline: Cita-cita saya nak jadi journalist tapi tak pernah dapat jadi journalist.  Jadi, saya jadi journalist underground je lah.  Journalist tak bertauliah.

Assalamualaikum adik-adik dan kawan-kawan dan abang-abang.

Terlalu banyak yang nak dikata sampai terkata.  Jadi saya ambil inisiatif untuk mengabadikannya di dalam ruangan sempit belog saya yang tidak berapa nak indah ini.  Mohon kalian dapat luangkan sedikit daripada masa kalian yang begitu berharga untuk membaca sekadar sepintas lalu.  Dan harapnya, dapat memberi manfaat buat semua.  Terlebih dahulu ingin memohon seribu kemaafan jika akan ada yang terguris sana dan sini, terobek di jiwa dan hati, terzreet secara tanpa disedari.  Niat di hati hanya ingin menasihati dan berkongsi.  Jauh sekali untuk menyakiti, tapi sekadar berkongsi memori.  Berpeluh kecil di tepi sebelah kanan dahi.

Alhamdulillah.  Kita baru sahaja tamat sesi induction I walaupun dibuat secara agak ad-hoc dan amat mengejar masa.  Terima kasih buat semua yang memberi komitmen dan hati anda untuk memberi dan menerima sepanjang dari pagi hingga petang.  Pihak organizer memohon seribu kemaafan.  Entri ini ditulis sebaik sahaja saya sampai ke rumah, selesai solat Asar, terus menjengah laman belog ini dan tiba-tiba rasa nak menulis buat kalian.  Penat lelah tak habis lagi. Hehe. 


1. Prioritize your things to do.

Dalam mengejar yang satu, pasti ada yang satu lagi yang kita akan, terpaksa, dan mesti korbankan. Mesti lepaskan. Opportinuty cost namanya.  Bagi yang pernah mengambil subjek microeconomic mesti fahamkan.  Kita takkan dapat mampu membuat semuanya sekali gus secara serentak. Sebab apa? Sebab kita semua kan manusia biasa. Pasti akan ada terlompang sana dan sini. Terkurang itu dan ini. Terlebih kanan dan kiri. Lumrah lah tu.  Jadi solutionnya adalah, mesti pandai bahagi masa dan prioritize you work or things to do.  Kita sering bercakap tentang prioritize things to do tapi at the same time kita pulak yang tidak priorkan benda yang sepatutnya diaula'kan.  


2. Walk your talk

Kalau cakap macam ni, buat pun kene macam ni.  Janganlah cakap A, buat B.  Bila sampai part ni, akan ada kait mengait dengan semua orang.  Akan ada yang akan terasa hati sebagainya.  Tolong fikir juga perasaan  yang lain.  Kalau alasan kukuh disebabkan sakit dan sewaktu dengannya, tak pe lah jugak.  Tolong lah.  Kalau saya dituntut untuk prior my work, anda pun kene dan mesti begitu.  Cop! Ini ditujukan buat semua, daripada Director sampailah Head of Division.  Jagalah hati semua, nescaya Allah jaga hati kamu.  Jika kamu mahu semua membuat seperti mana yang kamu mahu, kamu juga perlu membuat seperti mana yang semua mahu.  


3. Jujur pada diri dan semua orang

Kejujuran pula sangat, amat dan the most crucial things.  Kalaulah kita jujur dan ikhlas dalam bekerja, InsyaAllah kita akan enjoy bekerja and at the same time kita akan dapat merasakan kemanisannya.  Bak kata abang Rezal tentang kemanisan yang kita akan kecapi selepas habis event nanti. InsyaAllah Ameen.  Be yourself tranparently.  Jangan di hadapn sesetengah kita okay, tapi, dihapan yang lain kita lain, lain pula ceritanya.  Be professional. jangan satukan hal kerja dan peribadi. Please!

4. Jangan berat sebelah.

Seterusnya, jangan berat sebelah. atau kata omputih, biases.  Maksud lebih tepat, meletakkan sesuatu pada tempatnya lah.  Jangan main-main.  Allah amat murka jika kita tidak adil dalam sesuatu kepimpinan. Mesti adil dalam mebuat keputusan dan semuanya lah.a
tak kira lah kawan baik atau musuh. Harus adil dalam tindakan.  agar tidak dipersoal di akhirat nanti.  Jaga-jaga! Jangan disebabkan ini, tiket ke syurga kita terpaksa dicancelkan. 

5.  Jangan terlalu mengharapkan yang tinggi-tinggi.

Jangan terlalu mengharapkan yang tinggi -tinggi dan jangan terlalu high expectation.  Nanti apabila dia tidak achieve target, kamu akan berasa amat kecewa.  menyedari hakikat kita semua sebagai pendatang baru dalam dunia berprogram, terlalu banyak yang perlu dipelajari. Bersyukur dengan apa yang ada.  On the other part, jangan pula terlalu sambil lewa. Proove something to the world that you can do it.  Usahalah sehabis baik, seikhlas mungkin.  Jangan memandang interpretasi manusia, kerana nilaian di mata Allah itu yang paling tepat dan mulus.

6. Utamakan study

Dalam kesibukan mengejar program, study jangan terabai.  Kerana matlamat utama kita datang ke MMU adalah untuk study.  Study itu nombor satu, tapi dakwah itu bukan nombor dua. Bermakna, study dan dakwah itu sama-sama penting.  Bila mana kita niatkan semua yang kita buat buat itu kerana Allah, itu namanya ibadah.  Yang pasti perlu mengikut syariat yang ditetapkan.  Berjalanlah di atas muka bumi ini umpama kita berjalan di hadapan Allah. Bayangkanlah kita sedang berjalan di atas muka bumi ini sendirian.  Hanya Allah yang sedang memerhatikan kita.  Pasti kita akan berasa malu dan berjalan menyusun langkah dengan betul supaya tidak tersalah langkah bukan? Jadi itulah yang sebaiknya.

Akhir sekali, jadikanlah nota ringkas ini sebagai renungan muhasabah diri buat diri saya dan semua ahli keluarga baru saya dalam KKB'12. Sekiranya ada kata-kata saya yang mengguris, nak mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampailah hujung kaki.  Semuanya atas dasar sayangkan saudara seIslam saya.  Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.  Lets prove something that we can do it.  Go KKBian!!  


credit

pesanan: 
1.  Kalau boleh, saya nak adakan komiti binding.  setakat yang saya perhatikan, kita belum cukup bind.  Dari tampuk teratas sampailah ke bawah, masih ada desas desus yang tidak menyengkan.  Jadi eloklah buat komiti binding yang lebih proper.  
2.  Saya ini lebih suka bercakap secara terbuka dari berselindung tak tentu pasal.  Kalau saya rasa salah saya cakap salah tak kesahlah kau tu agong atau perdana menteri. semua aku bantai.

3.  Sayang kamu semua atas dasar Islam dan kerana Allah.