Sunday, April 10, 2011

Disebalik tabir Akademi Al - Fateh II ~Tg Piai, Johor~

Buat kesekian kalinya...aku berkunjung ke sini...begitu lama kiranya tak ku singgah ke lamanku ini..
di sini, tempat aku menghambur, cuba menerka nilaian manusia dari sudut yang berbeza..cuba mengerti dan fahami nikmat yang diberi, agar tak tersungkur ke tepi...

SALAM SEINDAH SENYUMAN DUNIA DI HARI INI
ALHAMDULILLAH DAN BERSYUKURLAH
KIRANYA DUNIA MASIH LAGI TERSENYYUM PADAMU

PEMUDA | SYABAB | PENDAKWAH | PELAJAR | PEMIMPIN | ANAK | HAMBA

Adakah terlalu dan amat terlalu selesa dengan segala yang ada di depan mata?

Sekelumit perkongsian buat sahabat2. Sekadar renungan juga pengubat

Kem 3 hari 2 malam di Tanjung Piai Resort, Johor





Berkhemah | Memasak | Aktiviti Lasak | Torture | Kerohanian | Silaturrahim | Mengenal Diri 

LEADERSHIP

Propaganda facilitators : "ALL FOR ONE, ONE FOR ALL"
 Mode : TEGAS & BENGIS SEPANJANG MASA

Result 1: MESEJ GAGAL DISAMPAIKAN
Result 2 : MESEJ SUDAH MULA DIFAHAMI OLEH PESERTA

Seriously, this is my first time in joining TAMRIN organized by IU.
Totally exhausted! Shocked! 


Result 1 : MESEJ GAGAL DISAMPAIKAN

Kenapa gagal? Actually, bukan gagal, cuma belum diadaptasi sepenuhnya oleh para peserta.
Betul! Sungguh! amat menyakitkan hati. amat terasa! amat kejam! dan tak berpenjelasan pada awalnya.
Bagi kami yang bergelar freshie, amat muda dan dan belum cukup masak untuk melalui satu wasilah yang amat asing bagi kami.  Bukan terlalu manja, cuma terlalu rapat dan sejiwa dengan para faci.
Memang salah kami yang lembap! kami yang dungu! kami yang jahil! tak berlapang dada!
Kami masih baru. Menginginkan satu petunjuk dan penjelasan dari faci. kerana itulah kami bangkit bersuara.
Maaf, faci. sekali lagi kami mengiyakan kebodohan kami dengan mengutarakan pendapat yang faci labelkan sebagai "pemikiran dangkal".  Namun, faci tak sedar ke? semua ni berlaku atas kegagalan faci dalam menyampaikan mesej kalian?
Sedarkah? Jangan terlalu satu unutk banyak perkara. Kerana kami adalah kami. Kami punyai pemikiran dan intepretasi tersendiri.
Matlamat yang sama! cuma wasilah tak berapa kena! Ini fahaman kami pada mulanya....


Result 2 " MESEJ SUDAH MULA DIFAHAMI

Seperti yang kami kata. perlunya penjelasan untuk segalanya.  Setelah tercetusnya satu pengeboman terhadap faci, barulah evolusi baru mula bertapak. Pertukaran strategi. Penjelasan unutk segala yang tyerkusut mula dirungkai. OH! begini rupanya..Barulah kami faham mengapakah kalian berbuat sedemikian.
Mungkin!Ada yang kata, pemimpin tak boleh guna perkataan mungkin. tapi bagi saya, tidak! mungkin digunakan mengikut konteks ayat dan kesesuaian waktu.
MUNGKIN para faci boleh menjelaskan mesej sebenar, dan kami boleh cuba fahami.
TAPI, bagaimana dengan hati dan semangat kami yang kalian hancurkan? satu semangat berkobar yang kalian cincang sampai lumat? Biar terhenti di sini saja.......


RESOLUSI
Pulang nanti, fikir dan hadamlah dengan sebijak mungkin. Dengan sepintar mungkin. Dengan hati yang selapang mungkin. Mungkin, akan temui jawapan. Matlamat yang ingin dicapai melalui cara yang luar dari kebiasaan!

Namun, ku ambil yang berpihak kepada semua.  Ku sayangkan unkhwah yang terbina.
Mohon ukhwah terus mekar.  Jangan pisahkan kami dek satu perselisihan remeh.

MEKARLAH MAHABBAH! MEKARLAH!


Biarku hentikan disini saja dengan satu titik nokhtah.


 terus merenung dan mencari makna hakiki...