Friday, September 9, 2011

YAKINI ALLAH dan HARI AKHIRAT

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah.  Sangat bersyukur.  Allah saved me and He always saved me. And I wish he will redha me.  Just a few second after I wrote this status on my facebook wall post "Yakini Allah dan Hari akhirat. inilah kunci untuk mengekang pintu pintu nafsu." Allah sudah pun menguji aku.  Tapi, dalam masa yang sama, dia bantu aku.  Dia bantu aku untuk keluar dari masalah itu dan fikir akan hikmah di sebalik sebuah kejadian itu.  Tiada kata yang lebih indah selain memanjatkan syukur pada ALLAH, "Alhamdulillah."

Kita semua kan manusia biasa, sentiasa melakukan kesilapan yang takkan pernah sunyi dari perjalanan hidup kita.  Alhamdulillah sekali lagi.  Aku abadikan sebagai satu ujian.  Ujian ALLAH. Semoga dengan kejadian ini, menjadiakn aku lebih cinta pada ALLAH dan mengetahui fitrah sebenar kejadianku.  Mengapa aku dilahirkan di dunia ini.  Sungguh! Aku memang terleka dek dunia. Alhamdulillah ya ALLAH. Alhamdulillah.

Dan untuk apa keyakinan pada ALLAH itu?  Bagiku, itu perlu. It is a big MUST.  Jika kita yakin pada Allah, segalanya akan dipermudahkan.

          Analogi kes:  Seorang hamba melakukan maksiat yang berterusan.  Kemudian, bertanya pada seorang 
                               Ustaz, bagaimana caranya untuk mengekang diri dari maksiat.  ada jalan pintas tak?
                               Jawapannya memang ada. Cukup mudah, yakini Allah dan hari kiamat.

Jika kita yakin pada Allah, kita akan buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang.  Jadi siapakah yang patut kita yakini.  Dan semestinya ALLAH.  Kita sibuk melayan perasaan cinta dan cintun kepada hamba Allah.  Tapi, pernah tak kita terfikir bahawa siapalah yang mencampakkan rasa kasih dan cinta itu ke dalam hati dan sanubari kita?  Sudah tentu jawapannya Allah.  Jadi, siapakah yang selayaknya untuk kita labuhkan cinta kita?

Dalam novel yang saya dengar dari seorang senior. Farah Diva Ber'tagline' begini.."Dan cinta yang kulabuhkan untukmu itu, lebih dari sebuah kasih sayang."  Kasih seakan awan yang boleh dilihat.  Tapi cinta seakan angin yang kita tahu kewujudannya, tetapi tak dapat melihat, hanya merasa nikmatnya.

Tadi juga, aku pergi ke sebuah kedai buku MPH di MP.  Bertagline kan : "ya ALLAH, pertemukanlah aku dengan pemilik tulang rusukku."  Kenapa tiba tiba masuk isu ini? sebabn sejak akhir akhir ni, ramai yang bertanya tentang perkahwinan.  Jadi kalau nak menikah sangat? Fikir  dulu, perancangan selepas kahwin.


*p/s : setakat ini sahaja entri kali ini. Idea kering selepas satu kejadian di MMU yang amat menyedihkan.


No comments:

Post a Comment