Dari Abu Hurairah r.a. "Jalankanlah amanah yang diberikan kepada kamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Amanah Dalam Belajar
Meletakkan diri sebagai pelajar jurusan perakaunan ini bagiku bukanlah satu perkara yang mudah. Bukan juga satu perkara yang terlalu mustahil untuk berjaya. Bergantunglh kepada sejauh mana minat aku ke arah itu. Bila fikir - fikirkan balik, memang tiadalah minat nak buat taxation, audit dan segala bagai benda yang langsung aku tak faham dan takkan ada minat untuk faham. orang kata dalam berbuat sesuatu, biarlah diiringi dengan keikhlasan, kesungguhan, dan minat yang mendalam. Orang putih panggil passion. So, you must be passion in each and every thing that you do. Nasib lah beruntung badan, belum lagi mencecah tahun kedua, Allah masih beri peluang dan ruang untuk berkira - kira semula, tolak tambah darab bahagi mengenai hal ini. Belum terlambat untuk melompat ke kos lain. Biarlah istikharahku berbicara. Cewah. Ayat nak bajet alim kan. Tapi memang la, its not as easy as ABC, as simple as one two three. Orang boleh kata itu dan ini, yang nak menghadap dewan periksa nanti diri sendiri. Jadi, keputusannya sudah ada di dalam minda, tinggal nak laksanakan je modus operandi tersebut. InsyaAllah boleh.
Haih, sempat lagi nak mengomel menceritakan yang terpendam di hati. Tapi memang betul pun, amanah untuk belajar ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipikul. Perlu kena pada niat dan perlaksanaannya juga. Pertama, amanah ibu dna ayah, kedua amanah dari penaja, amanah dari Allah tak payah nak cakap lah kan. Memang wajibul ghunnah tu. Jadi the morale of the story is, pergilah belajar sampailah lebam. Oopss! Sampai Syurga.
Amanah dalam menjalankan program
Sering dna acap kali, sebelum tidur, memang menjadi hobiku untuk menganalyse dan scan balik apa yang aku dah buat pada hari tersebut. Tibalah pada hari yang satu tu, selepas sahaja selesai slot bersama orang yang agak besar di Melaka, tiba - tiba seorang makhluk Allah ni nak cari pasal pulak. Di sini lah segalanya bermula. Haizz.. Kenapa lah kau buat macam tu??? Tengok! Sekarang apa dah jadi. Makin lama, makin terhakis rasa respect, percaya, dan hormat pada kau. Hope jika makhluk Allah tu baca entri ni, faham - faham lah ye. aku memang respect tabik spring lah kat kau wahai hamba Allah. Tapi tabik spring aku tu tiba - tiba terlantun balik ke muka aku bila kau buat perangai macam tu. Maybe bagi makhluk tersebut tak lah zalim sangat, tapi!!!!!! Kau tahu tak, lu bikin gua panas! Ada ke patut kau pergi buat macam tu. Tak pelah, sendiri mao ingat lah. Aku pun dah malas nak ingat. Aku doakan kau bahagia dengan segala apa yang kau buat di dunia dan akhirat. Tapi kadang - kadang rasa sedih pun ada jugak. Moral value : Jangan terlalu percaya pada orang, sebab nanti, once orang tu buat something yang kita tak suka, kita akan rasa amat sakit sampai dah tak boleh nak pandang muka dia lagi. Tapi, aku tetap kene pandang muka dia sampai habis dia belajar kat kampus aku ni. Lagi satu semester je lagi.
Ditambah lagi dengan tugas amanah menjalankan misi KKB'12 ni, amatlah mengundang! Alhamdulillah, Allah kirimkan seorang yang sangat membantu, tapi sekarang dah tak rasa lagi dah dia nak membantu atau pun tidak. Wahai makhluk Allah, kau cakap betulkan niat terus. Tapi, adakah niat kau nak jayakan KKB'12 ini sekadar nak memenuhi dan menyahut cabaran orang. Common lah brother, tak payah buat lah kalau macam tu niat.
Rasa sedikit terkilan dengan hamba Allah yang ini. Memang entri ni nak cakap pasal dia je kan. Haizz sekali lagi. Kalau lah dia terbaca entri ni harap haraplah dia baca sambil terkesan di hati dan ada peluh kecil kat tepi kepala. Hopefully dia sedar bahawa aku memang agak terkilan dengan perbuatan dia tu. Tapi jangan risau brother, saya dah maafkan. Tapi lain kali janganlah buat lagi. Ini bukan sesi luahan rasa okay.
Berbalik kepada topik setelah habis sesi curhat. Aku kini memegang amanah dalam beberapa program di kampus tempat pengajian aku. Positionnye jugak boleh tahan bebannya.
1. Karnival Keluarga Bahagia 20122. Minggu Orientasi Pelajar Baru sesi 2012/2013.3. I-SMART to Kemboja
Tapi, memang lah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (ar-Raadu). Kini dan saat ini, rasa semakin tenang walaupun tugasan semakin menggunung, final exam makin menghampir. InsyaAllah aku akan boleh hadapi semua ini jika aku terus ingat padaNya. Plus, usaha, doa dan tawakkal.
InsyaAllah, All is Well.
p/s: saya tak jadi mengundur diri dari OC HicoM. Saya akan buat sampai habis.
pp/s: Saya dah tak nak macam ini. Nak berbaik semula dengan lu la brother. Tak payah lah nak tarik2 muka. Relaks sudah. Walaupun dah macam2 zreett dengan lu, saya dah lupakan. Bak kata seorang kf, maybe cara didikan. Didikan tahi kucing! Kalau betul nak mendidik, meh cakap dengan aku. Pehal nak takut pulak. Tapi seriusly, saya dah lupakan semuanya dan dah tak nak lagi ada simpan rasa tidak puas hati. Peace! 0-0.
ppp/s: Tolong jalankan tanggungjawab anda sebagai koordinator program saya ni eh. =D
pppp/s: Kalau lah ada yang faham apa yang saya nak sampaikan ni, memang osem lah orang tu.
ppppp/s: Kau datang Kampus bukan sebab nak berprogram, tapi nak belajar. Tepuk dahi balik supaya sedar semula.
pppppp/s: Peace! No war! 0-0.
ppppppp/s: Dah lama tak keluar dengan team Aceh 5. Bile le nak gather balik kan. Gather lah kau sampai lebam!! haha.
No comments:
Post a Comment