Sunday, February 19, 2012

Bermulalah Episod KKB (3Ss)

Salam Beloggers yang sentiasa dalam redha dan rahmat Allah.

Tiada kata seindah bahasa untuk diucapkan dan untuk dilafazkan selain Alhamdulillah. Tanda syukur pada Allah atas semua yang kita ada. Jika mahu ukur sehebat mana nikmat yang Allah beri, lihatlah mereka yang paling kurang bernasib baik di seluruh galaksi bima sakti ini. Pasti kamu akan tahu erti syukur dan betapa besar nikmat yang Allah kurniakan pada kamu. Dan jika mahu lihat sehebat manakah kamu di dunia ini, lihatlah mereka yang paling osem dan istiqamah ibadahnya. Nescaya kamu akan tahu betapa kerdilnya kamu dan harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Kita selalu berdoa pada Allah apabila ada masalah. Masa itulah kita akan menangis betul - betul atas tikar sejadah sambil tersedu sedan. Tapi apabila dilimpahi dengan nikmat, apa yang kita buat? Buat selamba sahaja sambil menikmati dunia fana ini. 
Jadi, mari kita sama - sama luangkan sedikit masa untuk katakan dengan penuh ikhlas bahawa kita syukur dan sayang pada Allah. Allah, kali ini sujud dan doa ini adalah untuk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga untuk segalanya. Allah, thanks for everything.
Aku punya satu cerita. Cerita yang panjangnya tak cukup satu buku hikayat merong mahawangsa, dalam ertinya tak mampu ditandingi oleh lautan merah, besarnya lebih hebat dari istana taj mahal Shah Jahan, tingginya lebih tinggi dari menara Burch dubai. Inilah kisah sebuah epik bernama LAGENDA KKB 2012. Dengan taglinenya Sayang Sampai Syurga (3Ss) 


# Tentang KKB 


Alhamdulillah lagi untuk ucapkan setinggi - tinggi syukur pada Allah sebab final exam sudah habis. Fullsetop. ONE STEP CLOSER. Terasa semakin dekat dengan hari itu. Sekarang sedang panaskan kembali enjin BMW 10th series dalam hati ini untuk kuat dan tabah mengharungi hari - hari sebelum Karnival Keluarga Bahagia 2012. It's gonna be a night mare or a beautiful dream. Segalanya terletak pada tangan kami. Perlu kuatkan azam dan semangat untuk tempuh proses perlaksanaan KKB ini. Bermulalah episod KKB!!

# Manusia Dalam KKB'12

Alhamdulillah, Allah kurniakan barisan saf jawatankuasa induk KKB'12 yang osem-osem belaka. Walau pun terasa sedikit patah sayap ini apabila hilang dan terasa sangat hilang seorang initiator hebat yang aku rasakan seperti pergi dari KKB'12. Setelah semua tugasan hundred percent diserahkan bulat-bulat kepada aku untuk uruskan KKB. Mula - mula tu rasa macam hilang kekuatan. Tapi lama - lama dah belajar merelakan. Biarlah mereka dengan apa yang mereka fikirkan. Alhamdulillah, jalan ini, dugaan ini, dan pengalaman ini adalah satu ibrah dari Allah untuk aku kutip seberapa banyak pelajaran dari-Nya. Pernah hati ini berkata bahawa kau berada dalam KKB ini bukan sebab manusia yang letak, tapi Allah yang letak. Allah kata, kau mampu untuk teruskan KKB. Jadi Dia gerakkan hati manusia untuk jadi as-sebab atau perantara untuk meletakkan aku dalam AJK KKB kali ini. Redha dan berazam kuat kini untuk berKKB. Alhamdulillah ada seorang koordinator yang setia disebelah walau terkadang aku tetap terlihat di riak wajahnya bahawa dia sangat tidak yakin pada aku. Riak yang sangat jelas kelihatan. Aku akan buktikan bahawa aku bersama Allah. Dan mereka yang bersama Allah pasti akan hasilkan sesuatu yang osem dan style. Percayalah. Ini janji pada diri sendiri. I will work on it. Pastinya akan menjadi dengan barisan AJK yang hebat. Biar tak hebat di mata manusia, tapi hebat di mata Allah.

# Aku dan KKB

Aku sedar bahawa ramai yang di atas sana, mereka yang sangat hebat dan sudah terserlah kehebatan mereka seakan - akan tidak percaya pada aku untuk bawa KKB kali ini. Maklumlah  siapa aku? Bukan pun pemenang award young leader of the year ataupun best achievemtn ever. Hanya seorang lelaki biasa yang sedang mendidik untuk melahirkan satu semangat luar biasa. Ameen. Sebab, destinasi aku bukan terhenti di sini, bukan terhenti di dunia. Tapi di al-jannah. Insya-Allah. Jadi, aku akan buktikan pada diri sendiri bahawa aku boleh tangani dan aku boleh lakukan KKB ini. Walau dengan AJK yang baru, walau dalam bilangan yang sedikit, kami mampu untuk buat sebab matlamat kami jelas. Itu yang penting. Aku abadikan KKB'12 ini untuk Allah dan sebagai prove semasa aku menghadap Allah nanti bahawa aku sudah pun lakukan satu langkah untuk bantu dakwah-Mu ya Allah.  Dan haruslah jadi kuat jugak sebab aku kan ketua, so kene cool dan style selalu. Ameen. 


#Aku, Dia dan dia

Selain KKB, ada juga beberapa halangan dan liku yang sedang menunggu dihadapan. Ada liku yang telah aku lepasi dan ada yang sedang tunggu dengan penuh evil look. Hey dugaan, aku nampak kau sedang tunggu aku dihadapan itu. Janganlah pandang dengan penuh evil, pandang dengan kasih sayang okay. Kita jadi geng. So, senang aku nak tempuh kamu nanti wahai dugaan. Bermonolog sebenatr bersama dugaan. Awas! Dia ada di depan. 

Aku adalah diri aku sendiri. Mukamil Bin Abdul Razak. Dia adalah tuhanku yang satu. Allah Subhanallah Taala. Dan dia adalah dia. Seorangf manusia biasa yang sering memberi sokongan moral dan sokongan padu sepanjang perjalanan. Siapakan dia? Mungkin juga family, mungkin juga adik beradik, dan mungkin juga kawan atau sahabat. Ataupun dia itu adalah Dhia dalam kisah tentang Dhia. hehe. Terpulang kepada pemahaman masing - masing. Tapi bagi aku, dia adalah sumber inspirasi aku. Kadang - kadang dia hadir bukan untuk menyelesai masalah aku, tapi untuk aku bagi opinion untuk menyelesai masalah dia. Maklumlah, when you get into something, means you get into it's problem jugak. Okay, stop thinking about ridiculous. think positive!

Nilaian KKB 

Bagi aku, nilai KKB ini sangat penting dan merupakan bench-mark untuk aku. Ataupun orang kata yard stick. Untuk muhasabah diri sejauh mana kekuatan diri, sekeras apa teguhnya hati, sekuat apa nilaian diri dalam memberi penilaian dalam hidup dan kehidupan. Insya-Allah kami akan laksanakan yang terbaik. Semuanya kuasa Allah kan. Kami usaha dan tawakkul.  Janji kami pada KKB. Ameen~

Khulasah, lupakah kamu pada sabda Nabi yang sangat menghiburkan."Barang siapa yang perbanyakkan istighfar, maka Allah akan hapuskan kedukaannya, menyelesaikan semua masalah, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka - sangka." Oleh itu, istiqamah dalam beristighfar. 

Setiap dari kamu pemimpin, dan kamu bertanggungjawab ke atas pimpinan kamu. Seperti seorang perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas negara, seperti seorang ayah yang bertanggungjawab ke atas keluarga, seperti seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isteri dan anak - anak, seperti seorang isteri yang bertanggungjawab ke atas maruah suami dan rumah tangga, seperti seorang majikan yang bertanggungjawab ke atas pekerjanya dan seperti seorang pekerja yang bertanggungjawab ke atas amanah dalam pekerjaan. 

p/s: Sejujurnya, aku belum betul-betul cukup kuat. Masih perlukan seorang supporter terhebat di sebelah aku untuk terus jadi cheer leaders untuk terus bagi cheers sebagai moral support.  Sapa nak, sila pm di fb. *Saya rasa ada orang nak tapi segan nak cakap kan. 

pp/s: Henti marahkan orang lain atas sebab satu kesalahan. Tegur dengan hemah dan hikmah. Jika tidak, kita tidak akan mati sebelum melakukan kesalahan yang sama. 

KKB punya cerita!

No comments:

Post a Comment