Salam Beloggers yang sentiasadalam rahmat dan redha Allah.
Baiklah, sekarang saya akan amalkan konsep mengadu ataupun meluah perasaan di blog daripada memilih 'wall facebook'. Sebab apa? Pernah dengar kuliah UAI tak? Mengenai wall orang kristian. Mereka guna konsep wall di mana mereka akan mengady segala hal di wall church mereka. Mereka sebenarnye ada wall khas di situ untuk mengadu untung nasib mereka. Bak kata pepatah lama, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. *Tak sabit.
Semalam, ada sahabat yang bertanyakan tentang diriku yang mengambil subjek Bahasa Arab, Quran Sunnah dan Syariah di bangku SPM, tetapi tidak menunjukkan ciri-ciri itu dalam kehidupan di kampus. Apa yang aku faham adalah, aku tidak menunjukkan ciri-ciri sami'na waato'na dalam kehidupan di kampus. Betul ini maksudnya? Correct me if I'm wrong.
Jawapan: Memang benar saya mengambil subjek-subjek tersebut namun tak pernah terpadam pun apa yang saya pelajari dari lubuk hati ni. Segalanya masih izhar di kotak fikiran. Cuma tyak mahu terlalu menjadi terlalu sami'na waato'na sebab akan susah bercampur dengan golongan liar. Untuk apa bercampur dengan mereka? Untuk sama-sama mengajak pada jalan-Nya. I admit that I'm not that kind and I'm a very bad person. Terserlah kejahatanku di kampus ini. Tapi jauh sekali untuk buat maksiat yang melampau dan eksterim itu. Nauzubillah. Tak semestinya mereka yang berperawakkan baik itu adalah orang masjid, dan tak semestinya mereka yang berpakaian moden tetapi sopan ini, mereka yang biasa-biasa saja dalam tingkah laku ini, adalah orang disko.
Bermual dari saat ini, saya ingin mengamalkan sikap berlapang dada. Oleh itu, saya akan assume semua orang dihadapan saya akan berlapang dada. Dan saya akan straight to the point dalam apa jua keadaan. Dan berusaha mengurangkan tabiat kata berlapik-lapik kecuali dengan ibu bapa sahaja. Dan tidakkan akan berlapik untuk confess nanti. Peace! ><
Sebabnye? Sebab dah tak mampu nak berlapik dengan orang-orang sekeliling saya. Saya juga manusia biasa yang pasti akan selalu buat kesalahan. Jadi, I dare to make mistakes dan bersdia untuk berubah. Dulu, prinsip saya adalah cuba kurangkan kesalahan dengan membuat kajian yang begitu analitikal terhadap sesuatu isu ataupun kes. dek kerana terlalu inginkan ketepatan ataupun orang putih katakan sebagai perfectionist, banyak masa saya terbuang dan habis begitu sahaja. Ini kerana, kadang-kadang analisa saya betul dan selalu juga salah. Jadi, masa akan terbazir dan terbuang di situ.
Sebagai khulasah, jangan ada yang tersinggung dengan perwatakkan saya selepas ini. Akan berterus terang dalam berkata, akan berterus ternag dalam setiap hal. Termasuklah hal-hal peribadi dan sebagainya.
Okay sekarang masuk fasa orang tua. Jika ada yang terasa belum cukup matang, jangan terus membaca.
Ini ada lagi satu kes. Tadi baru je terbaca dan tersedar tentang hakikat kehidupan ini. Dan terselit dalam artikel itu tentang jujur pada hati, jujur dalam berbicara, dan jujur dalam tingkah laku. Dikatakan juga, jika sudah bersedia untuk bernikah, dah rasa boleh bertanggungjawab, dan sudah rasa bahawa perlukan teman dalam perjuangan, perlulah terus berterus terang walau apapun jawapan pihak-pihak lain seperti ibu ayah dan bakal pasangan itu. Perlu tegas dan tak boleh terlalu melayan perasaan.
Ada kekeliruan di sini, mereka yang suka berterus terang ini, dilabel sebagai melayan perasaan cintan cintun. Padahal, merekalah yang tidak mahu melayan perasaan dan berkhayal. Sebaliknya terus salurkan ke pihak yang betul iaitu ke arah pernikahan. Fikir dan renungkan.
Moral: Selepas ini, sesiapa yang terasa akan ditarget oleh saya untuk dilamar, sila bersedia fizikal dan mental. Dan katakan juga yang benar-benar belaka. Akan berbuat demikian selepas tamat program terakhirku di kampus. Jangan nak buang masa. Terus-terang dalam perbuatan dan perkataan.
Kekadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih, akal mengeluh letih. Namun hakikat hidup tidak akan berubah. Yang perlu diubah adalah pada diri yang menghadapinya. Hati memilih jalan, Akal memulakan langkah dan iman meluruskan arah. Moga kasih Allah akan bersama kita selalu.Dengan penuh kasih sayang dan hanya buat yang tersayang. Beloggers sekalian.
berprinsip jgn jumud, terbuka jgn hanyut dah...
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat. =D
ReplyDelete