Sunday, February 24, 2013

That is Life is all about


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Dunia ini adalah suatu persinggahan. Tak ubah seperti sebuah kenderaan. Terpulanglah pada kita sama ada nak jadikan kenderaan itu sebagai sampan, bot laju berkuasa tinggi, hatta gerabak LRT Monorel sekali pun. Semuanya terpulang kepada si pengemudi kenderaan tersebut. Kalaulah kapal layar, mesti ada nakhoda yang tahu mengemudi layarnya. Mesti sudah cukup masak dengan arah tiupan anginnya. Barulah kapal layar tersebut dapat dipandu angin mengikut hala tuju yang diimpikan. Namun, impian apa yang kita cuba gapai? Impian senang di dunia atau senang di sorga? Tepuk belakang bahu, tanyalah pada amalan.

Namun, masih ada satu lagi nakhoda yang paling berkuasa dalam mengawal setiap perilaku manusia. Nakhoda yang bernama hati dan akal. Sebuah kerajaan yang berajakan hati, berpemaisurikan akal. Itulah dia kerajaan jiwa manusia. Kitalah yang mencorak dan mendidik jiwa kita sendiri. 

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri

Kisah seorang ayah, anak, dan seekor keldai 

Thanks Mr Google
Berdasarkan rajah di atas, terdapat 4 situasi di mana keempat - empat situasi tersebut mendapat komentar dan tentangan daripada pelbagai pihak. Semuanya tak kena di mata mereka. Jadi, bagaimana lagikah harus dilakukan oleh si ayah, si anak, dan si keldai untuk memuaskan hati semua orang?? Nah! Sudah jelas, terang lagi bersulh lampu neon bahawa kita tidak akan bisa memuaskan hati semua pihak. Lantas, ikutlah kata hatimu, selepas menimbang tara apa yang terbaik dan sesuai pada masa, ketika, dan waktu tersebut, teruskanlah. Teruskan berbuat sesuatu itu asalkan ianya tidak berlawan dengan syarak Islam.

Hidup di muka bumi ini, tidak seindah cerita fairy tale Cinderella, tak sehebat Beauty and The Beast. Berpijaklah di bumi yang nyata. Musuh berada di mana-mana. Ada yang menyorok bawah selimut anda sendiri. Ada yang menggunting di dalam lipatan lengan baju anda. Tersembunyi, kentut pun tak bunyi. Benarlah pepatah nenek moyang kita dahulu. Semuanya benar - benar belaka. Belajarlah dan ambillah setiap dari intipati alam ini sebagai pelindungmu. Sebaik - baik pelindung adalah pedoman Islam. (rujuk sunglass D&T)

Pun begitu, kehadiran kita di muka bumi ini bukanlah keseorangan. Kita hadir dalam kelompok masyarakat. Sedangkan Adam pun diturunkan ke bumi dan ditemukan bersama Hawa. Nah. Hidup dalam bermasyrakat ini memang perlukan pantang larang dari segala segi. Tidak bolehlah tolak terus pendapat orang lain. Perlu bijak menimbang tara menggunakan neraca hati dan akal. Sebolehnya, elaklah perilaku yang boleh menimbulkan fitnah dan shubhah. Agar tidak haram di mata manusia, apa lagi di mata Allah. Sebaiknya, jagalah hati semua pihak. Namun, tak bererti kita perlu ikut telunjuk semua pihak. Hidup ini perlu sense of consideration. Ingat! Sesnse of consideration! Pandai - pandailah kau nak tarik atau lepaskan perlahan - lahan tali layang - layang itu. Itulah namanya kehidupan. :)

Wahai manusia! Kami telah jadikan kamu seorang lelaki, dan seorang perempuan. Kami telah menjadikan kamu bersuku - suku dan berbangsa- bangsa agar kamu saling mengenal. Sungguh! Yang paling baik antara kamu adalah mereka yang bertaqwa




No comments:

Post a Comment