Qoute of the day..
"Apabila kita mula berpuas hati dengan apa yang kita ada, di situlah bermulanya saat kejatuhan kita"....dipetik dr kata2 EDWARD De BONO..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang dan ruang, dan kesempatan untuk bernafas di bumi ALLAH ini...
InsyaALLAH, akan kuterus memenuhi entri blogku yang agak kontang...
Walau apa pun yang terjadi,
Hidup ini mesti diteruskan..
walau apa jua cabaran, halangan, dugaan, dan rintangan...
hadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran...
berbekal pedoman di relung atma...
Dalam hidup ini kan...
kita sering mahukan mentari yang cerah..
disinari dari ufuk nan merah..
kerana kita sangkakan kononnya mentari itulah sumber inspirasi kita...
segalanya bagi kita...
tapi,
pada hakikatnya...
kita alpa dan sering terlupa..
kerana terlalu dan terlalu leka dengan buaian dan tipuan dunia..
kerana, Dia yang lebih tahu, tiada lagi yang Maha Mengetahui selainNya..
Dia telah merencanakan bahwa pada hakikatnya, hujan perlu diturunkan dan kita lebih memerlukan hujan itu....
Ohhh...rupanya kita khuatir angin yang bakal menjelang akan bertiup dan membawa pergi kasih dan rindu yang sering kita kirim tanpa haluan, tanpa pedoman...tak berarah tujuan...
Namun, hujan tadilah yang mengejutkan kita agar tak terlalu leka..
Dan sebenarnya, kasih dan rindu hanya untuk Yang ESA..
Pada pegakhirannya, kita pasti mengukir senyuman dan berterima kasih pada ALLAH..
di atas kehadiran hujan tadi kerana....apabila hujan tadi mulai reda, pelangi nan indah mula menyapa...bagaikan jambatan mengalunkan dan menghubungkan kasih kita dengan NYA..
rasa rindu dan kasih dan kasih kini meniti ke destinasi yang satu..hasrat menuju mercu, gerbang kasih sedingin salju...Kasih pada Tuhanku....
teman2ku....
jika ada yang meminta kasihmu, katakanlah ianya hanya pada ALLAH...
jika ada yang meminta cintamu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah..
jika ada yang menagih rindu dan sayangmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah..
dan, jika ada yang meminta untuk hatimu, berikanlah pada mereka yang benar2 Menghargai dan MengasihiNYA, dengan tulus dan ikhlas...hanya UNTUKNYA..
Minqalby...ALANG =)
No comments:
Post a Comment