Sunday, January 2, 2011

mEmoR! bErgeLaR PeLajaR $EkoLah

Esok, akan bermulalah rutin harian seorang yang bergelar pelajar sekolah..3 Januari 2011..SeLamat Kembali ke sekolah adik2! 

so, seperti biasalah, tepat sahaja pukul 6 pagi, suasana rumahku akan menjadi agak bising dengan suara adik2 yang sedang bersiap untuk ke sekolah.  Apa yang saya hendak kongsi dengan teman2 di sini adalah tentang sebuah zaman yang dinamakan persekolahan.  

Inilah yang dikatakan memori dan diari sebagai seorang pelajar sekolah.

Memang tidak dinafikan bahawa memang banyak kenangan pahit dan manis sepanjang zaman persekolahan dulu.  $eribu kEnangan $ejuTa HarapaN

Hanya zaman persekolahan yang mengajar kita erti sebuah talian bernama persahabatan.  Dan apabila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan mungkin pernah kembali lagi.  Dan di saat ini kita membawa haluan masing2 dan mungkin dan amat sukar untuk kita bersatu kembali di dalam suatu tempat sekecil bilik darjah, belajar, bergurau dan ke kantin bersama...
Terbukti bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang paling sukar dilupakan, mungkin satu hari kita akan menangis rindukan zaman persekolahan yang sangat indah ini, jadi hargailah zaman persekolahan anda!!
Inilah gambar semasa saya di tingkatan tiga, cuba teka yang mana satukah saya?

Dan buat insan yang bergelar sahabatku semasa waktu persekolahan dulu, terima kaseh saya ucapkan. Masih ingat lagi kawan2 saya, Nu'amuddin, Ahmad Nuaim, Azri, Firdaus, Zainal, Fazreen, Syaza dan ramai lagi.  Actually, I was UK'ian from form 1 till form 5...UK'ian means, I'm from class Umar Al-Khattab in SBPI Jempol.  Terima kasih daun keladi!! Jasamu tuan kusanjung tinggi.


Masih ingat lagi lagu Irsyadus Sufi, team nasyid SBPIJ, lagu Warkah Buat Teman yang amt bermakna..

Jadi, kesimpulannya, esok adik2 jangan malas pergi sekolah ye..hargailah zaman sekolah ini.  hanya sekali sahaja!!

Aturlah langkah pertama untuk zaman persekolahan di tahun 2011 ini dengan azam yang menggunung untuk menjadi orang yang berguna pada Agama, masyarakat dan negara.  SELaMAT TAHUN BARU MASIHI!


warkah dari ALANG

No comments:

Post a Comment