Dengan nama Allah......
Lama betul tak update ruangan saya ini, memang banyak netul untuk saya ceritakan. Itu dan ini, ini dan itu.
Kalau nak fikirkan semua sekali, rasanya memang tak cukup 100 hari. haha. Salam Ramadhan untuk semua walaupun dah masuk fasa 10 malam terakhir. Tiba - tiba hari ni rasa nak menaip untuk memenuhi ruangan yang dah lama tak dijengah ni.
Frankly speaking, sepanjang saya join Peuehaba Aceh, banyak betul, ramai betul hati2 insan yang dah terZREET dengan saya. my classmate, my family, adik beradik PBMKM, adik beradik I-Smart, my family in Desa Tercinta and semuanya lahh. Terpaksa untuk hentikan semua buat sementara waktu dek kerana ingin beri tumpuan untuk Peuehaba Aceh 5. Nah...Bukan satu tugas yang mudah, gudluck lah untuk the next team ye..hehe.
Apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan, Aceh2 jugak, assignment mesti on, kelas mesti pergi, lectures dan tutorials, semuanya mesti lengkap. Aduh! Sakit mata tengok my attendance yang banyak lompangnya..Itulah padahnya, balik lewat malam, tidur pun lewat, study2 siket, then, esok bangun pun lambat.
Tapi, ada yang lebih penting nak habanq kat hampa semua ni, semalam, saya, kak Fateen, kak Nadi, kak Farah dan kak Uqi, pergi ke Bangi untuk jumpa pak Hamdani, penjaga Pondok Yatim Ar-Raudhah di Lhokseumawe yang bakal kami lawati nanti. Berjumpa dengan beliau, bercerita panjang, bertanya pelbagai soalan. Alhamdulillah, dapat gambaran yang lebih jelas semasa di sana nanti. Tapi yang tak boleh bla nye, Kak Farah dicop sebagai gadis aceh oleh Pak Hamdani dek kerana wajahnya iras2 gadis Aceh. Hai Pak, nak ngorat akak saya ke???? haha..
And the saddest thing is, I have to say goodbye to Desa Tercinta, to PAKIS dan to Liga Debat IPTS.. Saya tak mampu nak join semua. Dengan assignment yang berlambak dan tutorial yang tak siap, dan final exam yang sedang mengagamit gamit...Aduh, cuak saya dibuatnya....
Selepas semua yang saya hadapi sekarang, rasa nak berhenti buat semua ni pun ada jugak. Pernah jugak terfikir untuk stop all this and hanya duduk di rumah dan bergelumang dengan buku je. Rindunye nak makan sama2 dengan classmate, nak buat semua tutorial sama2, buat assignment together, nak jalani kehidupan normal..Without these hectic life..Ya ALLAH, give strength. :'(
Antara Aceh, Ismart, PBMKM dan family, ku pilih family. Dan maybe selepas semua ini berakhir, saya nak jadi seorang yang nerdy, hanya ke kampus untuk ke kelas sahaja, dan selepas habis kelas, terus balik rumah.
Tak nak join apa2 aktiviti kelab ni...huh...Mungkinkah ia terjadi??? Just wait and see...hehe..
Itu sahaja buat kali ini, tiada gambar hiasan untuk entri ini...Salam hormat..
kamil,
ReplyDeleteakak pun pernah rase camtu...
now, i feel the same like u.rase nk lepaskn semua n hidup mcm akak first year dulu.best sgt mase tu.stadi je.x pernah ada isitlah ponteng kelas, buat asemen dgn kwn, tuto pun slalu siap je..
tapi kamil,
dis is cabaran.seorg mukmin tu x selfish.when u think about ur self je, tu yg jdk rase nk stadi je, hidup normal, bahagia, xyah pk psl org len.
kite kene pk, org len pun perlukn kite jgk.bukn stkt family dan kwn2 stadi je.org yg kt luar lg...mmg begitulah bile tggjwb bertmbh.
cube pk, adakah awak expect kehidupan seorang perdana menteri akan sama dengan kehidupannya sblm menjd perdana meteri?
yg pentng, awk pndai uruskn kerja bg tersusun. n prioritize ur priority. stadi jgn down. masa yg patut dikorbankn adlh masa lepak kita.
Terima kasih kak nadi..
ReplyDeleteInsyaALLAH. saya selalu mohon dr ALLAH agar kuatkan hati, tabahkan hati saya dan rakan2. moga semuanya berjalan lancar.
Bukan mudah seperti yg disangkakan. Sekarang saya dah mula nampak laluan yg sebenarnya. Moga ALLAH tak gelapkan hati saya. Moga saya lebih jelas dalam perjalanan hidup yang sebenar, semuanya kerana ALLAH. hanya kerana ALLAH.