Bismillahirrahmanirrahim. Hanya dengan nama Allah.
Allahuakbar. Alhamdulillah. SubhanAllah. Rasa bergetar tak hati kita bila menyebut atau mendengar laungan kalimah - kalimah ini. Kalau berdetak kencang, bermakna kita tergolong dalam golongan yang beriman. Alhamdulillah. Ameen InsyaAllah.
Kanan, kiri, depan, belakang. dari arah Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Laut, Barat Daya, Timur Laut, dan tidak ketinggalan Tenggara. Semuanya bercerita tentang perjuangan. Perjuangan yang berbeza namun diharapkan bermatlamatkan satu misi yang sama yakni menuju Mardhotillah.
Benarlah, perjuangan itu sangat mengerikan, sangat hebat, dahsyat, lagi mengerikan. Kata orang, perjuangan itu seumpama sampan di lautan. Akan pasti selalu bertemu dengan badai senja, badai semalam dan segala macam badai ataupun lebih dikenali dengan nama ombak. Bukan Ong Bak okay. Segala rintangan, cabaran, dugaan datang dari segala macm arah, dengan seribu satu rupa, melalui seribu satu cara. Kita tidak tahu adakah sampan itu mampu bertahan sampai bila. Tertakluk pada usaha kita, dan tawakkal kepada Allah. Dahsyat tak bunyi perjuangan itu? Persoalannya, perjuangan apa? Untuk apa? Kerana siapa? Persoalan yang sangat style saya tinggalkan untuk kita renungkan bersama. Berjeda seketika untuk mengambil nafas!
Perjuangan ataupun lebih sinonim dengan panggilan jihad jika dilihat melalui kaca mata dakwah dan tarbiah. Tapi memang itu pun yang sepatutnya. Terpulang kepada makhluk - makhluk, insan - insan, dan para penduduk bumi untuk mentafsir mengikut penilaian dan pemahaman mereka sendiri.
Perjuanganku di bumi MMU
1. Dream Team
Tiada kata yang seindah dan seagung Alhamdulillah yang dapat aku lafazkan setelah lebih setahun berada di bumi MMU Melaka @ Universiti Multimedia Melaka. Banyak sangat yang aku pelajari. Sama ada secara formal atau tidak formal. Yang paling best ialah apabila kita dapat memandang segala yang berlaku di alam ini melalui kaca mata dakwah dan tarbiyah yang sangat osem, style dan sangat bergaya! MasyaAllah.
Semester pertama sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan baru sahaja tamat. Dan kini sudah melangkah ke minggu 5 dalam semester kedua. Alhamdulillah lagi bila Allah kurnia keputusan ujian akhir semester yang baik walaupun usahaku hanya sekadar sahaja, seciput cukup makan. Kita jarang persoalkan mengapa keputusan kita cemerlang tapi usaha kurang. Kita selalu persoalkan mengapa keputusan kurang sedangkan usaha cemerlang. Betul ke usaha cemerlang? Allah itu memandang pada usaha dan bukan pada hasil.
If you don't get what you want after you put all efforts, means that you are not really strive and struggle to achieve it. Because if you really struggle, you will get it.
Dan sepanjang semester satuku, aku menyertai sebuah pasukan yang aku namakan Dream Team. Pasukan yang aku harapkan dapat kekal sampai bila - bila. Apa yang kekal? Semangat yang jitu yang tak pernah kenal erti mengalah. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ketika Dream Team itu sering diingatkan dengan amaran "JANGAN MENGELUH". Walau apa pun terjadi, harus tempuh. Jangan berhenti di sini. Kadang kala, di sepanjang perjalanan Dream Team itu, aku pernah merasa ingin berhenti. quit and end everything. Tetapi, apabila aku mengenang kembali, untuk apa aku mulakan? Kerana apa aku mulakan? Semuanya hanya kerana Allah! Lantas aku padam dan terus kambus idea untuk quit. Alhamdulillah lagi sebab Allah masih pancarkan nur hidayah dalam hati untuk terus memberi. Selagi kita ada passion untuk memberi, Allah itu maha adil dan dia akan terus membuka jalan seluasnya untuk kita memberi ataupun membuat kebajikan.
Kebajikan dan sukarelawan. Itu yang kami Delegasi Dream Team lakukan. Pernah aku terfikir, "keadaan aku pun tak berapa nak baik, untuk apa aku tolong orang." Lantas aku dikejutkan bahawa jika kita merasakan kitalah yang termiskin di dunia, pasti ada yang lebih miskin dan yang lebih memerlukan." Kita ini hanya manusia yang hina dan amat hina. Kita tidak pernah tahu mana satukah amalan kita yang akan diterima Allah. Untuk apa kita hidup? Untuk mengejar pahalakah? Atau untuk merebut redha Allah?
Hidup kita di atas bumi ini tidak lebih dari untuk mengabdikan diri kepada Allah.
"Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku" (Az-Zariyat: 56)
Dan Dream Team yang saya maksudkan adalah Komiti Kami, Peuehaba Aceh 5 ,2011. Moga segala yang aku belajar dari Peuehaba Aceh 5 akan bermanfaat untuk aku dan untuk orang disekelilingku. Kerana apa? Kerana hidup kita bukan untuk kita seorang. Kita ini sebetulnya sedang memikul beban dakwah Allah. Dan kita amat diperlukan oleh semua orang untuk menyampaikan mesej dakwah. Bekerjalah kita sebelum terlambat. Bekerja ke arah seruan Allah. Alhamdulillah sebab dikurniakan Komiti Kami yang sumpah osem gila! Allahuakbar!
![]() |
Ni lah Dream Team saya! |
2. Karnival Kelurga Bahagia 2012 (KKB '12)
Dan kini sedang menjadi sebahagian daripada initiator untuk program terkini Institusi Usrah di MMU, KKB datang lagi! Bersama teman seperjuangan aku, Nurul Syahirah Bt Rosli, seorang gadis yang bertudung labuh. Mesti digilai ramai ustaz-ustaz diluar sana kelak kan. Salah satu aset yang sedang dibentuk menjadi ikon isteri solehah. Beliau yang memegang mandat sebagai pengarah program pada usia seawal ini. InsyaAllah segala yang dipelajari daripada Dream Team akan dapat diapliaksikan di sini. Sebagai seorang wanita, semestinya aku rasa beliau belum begitu cukup kuat dan masih memerlukan support dan sokongan dari barisan jawatankuasa yang osem. Dan aku adalah salah seorang daripada mereka. Alhamdulillah Allah masih sayang pada kita. Dikurniakan coordinator yang osem jugak yakni Saudara Rezal (bekas pengarah Peuehaba Aceh 5) dan Saudara Aliff Asyraf (Amir IU). Bertambah osem apabila beberapa bekas anggota Dream Team saya itu turut serta dalam KKB kali ini. Alhamdulillah ya Allah. Mereka adalah Saudari Wan Nurul Amierah yang juga merupakan bakal ikon isteri solehah, Saudari Akbar Nursyahbani yang merupakan gadis Indonesia yang bakal menjadi pendakwah melalui bidang seni, Saudara Abdurrahman juga merupakan pendakwah bakal hebat dalam bidang IT. Tetapi, Saudari Nurzafirah kini sedang sibuk merangka gerak kerja satu lagi program besar STAD. Kami doakan beliau tempuh kejayaan dan keredhaan sebagai salah seorang tunggak dalam program tersebut.
Ya Allah, aku mohon kau kuatkan hati-hati kami untuk mengelola program KKB'12 ini. Semangat yang tak pernah kenal erti kalah. Kuat dan tabah. Berbekal kalimah Allahuakbar! InsyaAllah berjaya. Ameen.
3. PBMKM MMU?
Ini apa? Ini adalah salah satu nama kelab Melayu di MMU yang hampir menemui korupsi, orang kata ini kelab mati di MMU. Tapi aku tak tahu setakat mana kematiannya itu. Aku? Salah seorang exco junior yang join kelab 'mati' ini. Dengan hasrat yang kononnya nak bangunkan kelab Melayu, aku pun melangkah masuk ke kelab ini. Semakin lama di sini, semakin tak tahu aku apakah tujuan dan matlamat sebenar kelab ini di MMU. Macam tiada efek pun di MMU. Persatuan Bahasa Dan Kebudayaan Melayu. Memang berbudaya sangat. Tangan di dada, mata pandang ke atas! Jadi, fikir punya fikir, I should come out with at least one new thing at PBMKM. Dan Alhamdulillah lagi sebab Allah kurniakan aku idea untuk tubuhkan kelab gamelan di MMU. Alhamdulillah, adik aku, Muhammad Firdaus yang menjadi penyokong setia dan pembantu terhebat dalam gamelan team ini. Walaupun minatnya lebih kepada Rovers a.k.a. pengakap, aku tetap nak dia tolong dalam gamelan ini. Apa pun, aku doakan adik aku yang seorang ini dapat kecapi impiannya dalam Rovers. Ameen. Sebab mungkin passion dia dalam pengakap, mengikut pengamatan aku lah.
Satu je yang aku pandang dalam penubuhan Gamelan Team ni. Berjuang menjadi initiator dalam ilmu gamelan. Demi Allah. sumpah sebab Allah. Nanti MMU tak perlu lagi nak pergi bayar orang luar untuk mengetuk gamelan dalam konvokesyen pada setiap tahun. Bayangkan betapa banyaknya duit dibazirkan pada setiap tahun untuk mengupah pemain gamelan. Amat aku harapkan apa yang aku mulakan pada hari ini dapat beri kebaikan kepada semua dan orang seterunya. sebab di situlah wujudnya saps point di mata Allah yang juga merupakan salah satu usaha yang takkan pernah henti aliran kebaikannya selagi mana ada yang meneruskan usaha kita itu.
Konklusinya
Dalam segala yang kita buat, biarlah nak dinilai dari pandangan Allah dan bukan manusia. Sebab apa? Sebab, Bila kita letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kita telah mencuba. Bila tangisan itu berpanjangan dan hati yang satu itu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air mata itu. Bila merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ALLAH sentiasa setia di sisi kita. Bila kita sudah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaian. Bila semuanya tiada bererti, keliru dan kecewa, ALLAH adalah jawapannya.
Anggapan semua ini sebagai kebajikan dan dakwah yang menggunakan wasilah yang sangat style dan bergaya. Bukan sekadar duduk di masjid okay!
"Allah sentiasa menjanjikan kepada orang - orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang - orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang Dia redhai. Dan Dia benar - benar mengubah keadaan mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa..." (An-Nur:55)
Dan yang ini harus sentiasa di hati.
"Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamu orang yang tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman"
(Ali-'Imran:139)
Dalam setiap yang kita buat, mesti ada matlamat. Dan jika wasilah itu berlandaskan Islam, sudah cukup Osem bagi saya. Kau nak cakap apa. Cakap lah kau sorang-sorang. Asalkan aku ada Allah. Perjuangan aku tak henti di sini. Allah kurniakan aku kekuatan, kesihatan, dan umur yang panjang. Tapi kalau nak ambil nyawa aku, aku bersedia dan biarlah ketika hatiku sedang tenang dan memikirkan Kamu seperti di waktu ini. Jangan kau matikan aku ketika sedang bergelumang dengan dosa! Ameen.
![]() |
Saya Sayang Islam! |
Nantikan entri yang akan datang...
- Aku di kerusi SRC MMU ?
- Berkebajikan VS Duduk rumah dengan family !
kecapilah apa yang ada di depan mata selagi mana kaki mampu melangkah tetapi ingat setiap langkah yang bakal mengorak itu adalah ujian Allah sebenarnya...so jangan sesekali lupakan Nya..mohon petunjuk di setiap jalan yang kau lalui itu.. semoga doa kau dimakbulkan Allah..aku je yang terkeluar dari geng korang...stress ! :) haha...gud luck bro..i support u <3
ReplyDelete